berita

Tak Jadi Tunang Sebab Kekasih Curang, Lelaki Ini Nekad ‘Lelong’ Cincin

February 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mengimpikan untuk hidup bersama dan mendirikan rumah tangga. Namun, sebagai manusia, kita hanya mampu merancang dan segalanya telah ditentukan oleh Ilahi. Lagi, menyedikan apabila salah seorang daripada pasangan itu curang secara senyap.

Seperti perkongsian seorang pemuda, tampil menceritakan kisah percintaanya yang terputus di ‘tengah jalan’ akibat sikap teman wanitanya. Bahkan, dia sudah merancang untuk bertunang dengan calon pilihan hatinya pada bulan ini.

‘Luka yang tiada ubat’

Menerusi thread di laman Twitter, pemuda ini menceritakan kisah di mana bakal tunangya yang bertindak curang dengan bekas kekasihnya sendiri. Lebih mengejutkan, apabila rahsia yang disimpan oleh gadis itu akhirnya terbongkor dan dia beberapa kali sudah berlaku curang dengan bakal tunangnya.

Difahamkan, mereka berdua sudah merancang untuk bertunang pada bulan ini. Namun, segalanya menjadi sia-sia dan pemuda itu terpaksa akur dengan apa yang telah terjadi. Susulan daripada itu, pemuda itu berhasrat untuk menjual semula cincin yang dibelinya sebelum ini.

Bakal tunang sendiri nak beli

Namun, cincin tersebut tidak jadi dijual olehnya kerana bakal tunangya yang curang selama ini, mengingingkan untuk membeli cincin itu.

Walaupun hatinya telah disakiti, pemuda ini tetap bersangka baik terhadap bekas bakal tunangnya dan menganggap gadis itu lebih bahagia bersama calon pilihan hatinya.

Semoga terus kuat!

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen sempat memberikan kata-kata semangat kepada pemuda ini untuk terus kuat berdepan dengan ujian ini. Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan supaya dia dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik pada masa akan datang.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×