Aktif di laman sosial, anak usahawan terkenal, Cik B baru-baru ini muncul sebagai cover depan majalah Remaja. Walaupun baru sahaja berusia 14 tahun, Cik B nampaknya mampu bersikap profesional dan tidak peduli dengan kritikan netizen mengenai rupa parasnya.
Di Facebook, seorang individu memuji sikap remaja ini yang tidak menjadikan kekurangan fizikal untuk mencetuskan kotroversi.
Tertarik dengan Cik B
The real life
“HEBATNYA KAMU,YAKINNYA KAMU”
Aku agak tertarik dengan anak Dato Vida ni, Cik B. Sebab apa? Dia ni level selebriti juga. Wajah dia bersepah di media sosial, blog, paper bahkan majalah. Muda lagi, baru 14 tahun. Dari posisi luar kau boleh nampak fizikal dia sebagaimana. Berkulit gelap, berbadan gempal.
“BERKULIT GELAP”
Ini yang aku nak petik dalam karangan berbelas perenggan ni. Dalam minggu ni, korang netizen yang main media sosial ni mesti nampak dekat timeline kerap keluar isu Artis vs Kulit gelap. Not to mention here tapi mustahil korang taktahu siapa individu terbabit. Dah tahu, shh diam! Kalau taknak kena report pulis, taknak kena saman, kita berkias-kias sahaja ya. Dekat sini,aku cuma nasihatkan mana-mana individu yang kurang keyakinan dengan fizikal sendiri, better ambillah contoh confident level dari Edlynn Zamilleen a.k.a CIK B.
Tak pernah mention kekurangan
DIA TAK PERNAH MENTION PASAL KEKURANGAN DIRI.
Dia takada main media sosial petik-petik “aku hitam, aku hina, aku gemuk, aku hodoh”. Dia chill. Buka tiktok, buka instagram, share video, share gambar, gaya apa?
“Wahh,hebatnya kamu! Yakinnya kamu!”
Dia tak sibuk nak canang-canang acah aktivis wanita, tetapi hakikatnya terlalu ambil peduli dengan kata-kata netizen sampai tercetus kontroversi murahan. Dayang Nurfaizah, Nurul Wahab, Ning Baizura, masuk industri seni bawa bakat. Bukan bawa cerita kekurangan diri. Masa artis tersebut mula naik, cuba kau cek biodata dia tahun 2018. Atas sampai bawah, dia cuma borak pasal kulit kulit kulit dan kulit! Dia cakap kekurangan dia suatu kebanggaan dirinya, jadi kenapa perlu kita canang kekurangan kita setiap masa untuk peroleh attention media?
Model Iman Mohamed Osman Yagoub tu pun gelap juga, lebih kurang sahaja kulit mereka, tapi this model keep focus on her career. Netizen bukan benci kekurangan kau pun, tapi netizen menyampah kalau asyik-asyik kau petik kekurangan diri untuk raih cerita media massa. Kau tengok Adibah Noor, dia kalau keluar paper pun, cerita apa yang dibincangkan? Dia khabor pasal jadual kerja, projek dijalankan, kucing, isu semasa. Dia tak cakap isu JODOH, so netizen pun fokus pada karier dia. Cuba kalau dia petik isu jodoh, mesti blog-blog jadikan statement jodoh dia sebagai headline dimana ia menarik netizen untuk berkata-kata.
Fokus pada bakat
Kau bayangkan kalau hari-hari kau sebut pasal kekurangan diri, lama-lama orang jemu. Orang naik loya nak dengar. Benda ni boleh buat netizen trigger dan mula nak membahan kau. Aku balik semula pada Cik B, apa je dia tak dikutuk?
“Mak jual ubat kurus tapi anak tak kurus”
“Mak jual product pemutih, tapi anak tak putih”
“Duit banyak, pergilah buat skin bleach”
Tapi kau ada tak nampak dia keluarkan statement apa-apa? Dia chill je layan mak dia punya gila, Vida pun selalu bagi keyakinan dekat anak dia. Dia tak ada sibuk canang sana sini nak saman, nak trigger apa orang cakap pasal anak dia. Cik B rileks layan tiktok. Apa dia kisah orang ejek dia. Kau ejek-ejek pun, tak mengurangkan harta benda dia. Buat apa nak peduli?
Tak kisah, hanya diam
Kau tak perlu kisah. Kau diam, nanti yang berkata-kata tu dia akan penat sendiri. Dia tahu orang tak layan, lama-lama dia akan malu sendiri sebab tryhard untuk dapat attention dengan cara menghina orang. So kalau artis tersebut mention yang dia ada bakat, maka fokuslah pada bakat. Bukan bawa keliling cerita kekurangan diri sampai orang naik meluat.
Macam model Alicia Amin tu,masa mula-mula muncul dia terlalu banyak mengeluarkan statement mengundang kontroversi. Tapi bila dia kurang bercakap pada media, lebih fokuskan kerjaya, maka takadalah yang buruk-buruk pada dia rakyat marhein nak hebahkan. Maka diamlah kamu. Lagi banyak keluar statement, lagi banyak mengundang.
Awak berkulit gelap sahaja, cuba tengok Winnie Harlow, kulit beliau siap vitiligo. Bersopak. Duckie Thot, kulit dia sama warna dengan rambut hitam kau. Tapi kau tahu dorang sekarang kat mana?
Tu SPECIAL MODEL VICTORIA SECRET.
Sedangkan kau, takkan masih tak move on dengan KULIT HITAM? Chill up, berhenti bercakap soal kekurangan diri. Waima apa jenis kekurangan diri sekali pun. Kata kekurangan itu boleh ditutup dengan bakatkan?
Sumber : Salmah Melor