berita

Tak Jenguk Anak Lepas Kahwin, Aidil Zafuan Sebenarnya ‘Hutang’ Rita Rudaini Lebih RM252,000

June 19th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

rita rudaini new-3

Wow! Rasanya dah boleh beli rumah kos rendah cash dengan RM252,000! Sehingga tarikh semalam, itulah jumlah yang Aidil Zafuan hutang kepada Rita Rudaini.

Jumlah tersebut merupakan total nafkah tertunggak iaitu RM102,000 dan nafkah mutaah sebanyak RM150,000. Menurut Rita, jumlah tersebut belum masuk lagi dengan nafkah anak-anak dan edah kerana kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan mahkamah.

Artikel Berkaitan:Perbicaraan Penuh Pada 30 September, Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000

Malah, ibu tunggal ini juga memberitahu bahawa Aidil tidak pernah langsung menjenguk kedua anaknya, Rayyan dan Arjuna sejak melangsungkan perkahwinan dengan Zarema Zainal pada bulan Mac yang lalu. Aik, busy sangat ke?

Screen Shot 2014-06-18 at 11.38.18 PMSi comel Rayyan dan Arjuna

“Dua minggu sebelum dia nikah, dia ada mesej saya tanya boleh ke nak jumpa anak. Masa tu dia minta saya beri peluang pada dia untuk tebus balik kesilapan pada anak-anak. Jadi saya kata ini bukan peluang tetapi memang tanggungjawab.

Saya pun nak dia rapat dengan Rayyan dan Arjuna. Cuma saya pesan pada dia jangan hampakan anak-anak saya. Pada mulanya mereka memang tak dapat terima sangat, tapi saya bagi mereka tidur, makan dengan Aidil sampai mereka rapat.

Tapi, lepas je dia kahwin, dia langsung tak datang melawat anak-anak. Arjuna sering bertanya mana daddy. Mula-mula saya cakap daddy busy, daddy kerja. Tapi sampai bila saya boleh tipu mereka. Sebagai seorang ibu, saya memang marah sebab dia main-mainkan perasaan anak saya. Sumpah dan janji dia dah tak boleh pakai.”

Bila Rita cakap macamtu, kami pun tanyalah sama ada Zarema yang sebenarnya menjadi penghalang antara Aidil dan anak-anaknya.

“Saya tak tahu. Cuma masa tu saya ikhlas nak bagi dia rapat dengan anak-anak saya terutama Arjuna sebab dia tinggalkan Arjuna masa 7 bulan lagi. Rayyan pula sensitif dan pernah cakap dia tak suka lihat saya menangis.”

Allah SWT tu maha adil. Meskipun nafkahnya dan anak-anak masih ‘tidak berbayar’, rezeki untuk mereka dilihat masih mencurah-curah.

Mana taknya, selain bakal beraksi dalam beberapa drama terbitan TV3 seperti ‘Azam Ramadhan Su’ dan ‘Pontianak Teng Teng’, Rita juga kini giat mempromosikan produk kesihatannya. Baguslah begitu. Kalau nak tunggu ‘hutang’ yang tertunggak itu dibayar, tak tahulah Rita dan anak-anak nak makan apa kan?

P/S: Haiwan pun sayangkan anak, tahu untuk bagi makan hari-hari.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×