berita

[VIDEO] Riena Diana Get Back Dengan Bekas Kekasih? Bercuti Di Bangkok Sambil Rangkul Tangan

August 21st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Riena Diana

Sebelum ini, pelakon Riena Diana mendedahkan status dirinya ketika ini masih ‘single’ dan tidak dimiliki oleh mana-mana lelaki.

Artikel Berkaitan: Riena Diana Kembali ‘Single’, Belum Terbuka Untuk Bercinta Lagi -‘Berhenti Tanya Saya..’

Artikel Berkaitan: Riena Diana Merajuk Dengan Netizen, Padam Semua Posting Instagram

Malah, Riena menegaskan kepada orang ramai untuk tidak mengaitkan dirinya dengan bekas kekasih yang dikenali sebagai Nik Afiq.

Getback

Riena Diana

Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila baru-baru ini Riena dilihat pergi bercuti bersama bekas kekasihnya itu di sebuah lokasi dipercayai di Bangkok, Thailand.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok milik Nik Afiq, mereka berdua dilihat begitu seronok menikmati percutian tersebut.

Selain itu, mereka turut dilihat melalukan beberapa aktiviti bersama seperti menaiki sampan, mencuba pelbagai makanan menarik, melawat tempat-tempat popular dan banyak lagi.

Sementara itu, menerusi salah satu video, aktres berusia 26 tahun itu dilihat merangkul tangan Nik Afiq ketika mereka sedang menaiki sebuah pengangkutan awam.

Menerusi tinjauan OhBulan!, video terbabit dipercayai baru dimuat naik Nik Afiq beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya saling berteka teki dengan bertanyakan apakah mereka sudah kembali bersama semula.

Difahamkan, Riena sebelum ini pernah memutuskan hubungan dengan Nik Afiq dan kemudian mereka pernah kembali bersama semula.

Video

@nikafiq_? original sound – Nik Afiq


Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×