Apa perasaan jika anda membayar seseorang itu untuk buat produk review di sosial media tetapi tidak dapat servis dijanjikan? Ini yang berlaku kepada seorang usahawan muda apabila dirinya seperti ‘ditipu’ oleh Instafamous. Tambahnya lagi, bayaran mahal tetapi servis yang diterima tidak seperti apa diharapkan.
Baca luahan beserta paparan skrin perbualan antara gadis ini dan individu bergelar Instafamous.
Harga untuk review melampau, ada jenis berkira
Menerusi Tweet seorang gadis di Twitter, dia berasa kecewa kerana servis yang diterima tidak berbaloi seperti apa yang dijanjikan oleh Instafamous di Instagram. Golongan Instafamous kini selalunya mempunyai beratus ribu pengikut di Instagram, mempunyai karakter kelakar, wajah cantik dan handsome.. Bukan artis sahaja tau.
Bila sudah popular, membuat review di Instagram merupakan antara sumber pendapatan mereka. Tapi ada juga yang mempunyai perangai seperti di bawah ini.
Tak kena dengan harga dibayar
‘Pandang macam nak review muka sendiri, rupanya..’
Kawan lain pun terkena juga
Sumber: Twitter