berita

Tak Laku Jadi Artis Mee Segera, Nadia AF Terpaksa Jadi DJ Radio Pula

June 26th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-26 at 12.00.06 AM

Hurm.. sebenarnya makin ramai mendambakan mahu jadi artis. Buktinya, baru-baru ini kecoh apabila sesi ujibakat Akademi Fantasia (AF) huru-hara dek kerana berebutkan borang pendaftaran. Aduhai!

Kami pun kadang-kadang lost dengan bakat keluaran daripada program realiti. Terlalu banyak sampaikan ada yang memang tak dapat dikenalpasti kewujudannya. Pahit. Tapi itulah realitinya kan?

Turut menerima impak yang sama, Nadia AF juga akur bahawa dia sudah tenggelam dalam lautan artis ‘mee segera’ dan kini mahu lebih fokus kepada bidang yang lain.

Screen Shot 2014-06-26 at 12.02.08 AM

Nadia semasa dalam pertandingan Akademi Fantasia 6

“Masa mula keluar daripada AF dulu memang beri keutamaan kepada bidang nyanyian. Tapi, sekarang ramai sangat penyanyi dan Nadia rasa tak perlu nak sekat bakat dalam bidang itu sahaja. Jadi mulai bulan Julai, Nadia akan jadi deejay radio Pi Mai FM dari jam 5 pagi hingga 10 pagi.

Namun, tak semua artis program realiti menemui jalan buntu. Ada juga beberapa orang daripada mereka yang kini berada di zaman kegemilangan mereka. Apa komen Nadia ya?

“Memang tak dinafikan rasa tersisih dan cemburu lihat kawan-kawan menyanyi dan dapat anugerah. Tapi, kalau itu bukan rezeki kita, nak buat macam mana kan?

Bukan Nadia sahaja yang rasakan perkara itu, ramai juga dah rasa perkara yang sama dan sebab itu kena cari cara untuk terus survive. Dah 6 tahun keluar AF, Nadia belajar banyak benda dan Nadia perlu lebih fleksible.

Hanya segelintir sahaja yang nampak bakat Nadia dalam bidang nyanyian dan yang lain pula nampak Nadia lebih menyerlah dalam bidang pengacaraan.”

Walaupun begitu, gadis genit ini tak pernah kenal erti putus asa. Terbaru, Nadia juga mengeluarkan single terbaru berjudul Cinta Twitta yang boleh ditonton di laman youtube. Takpelah Nadia. Rezeki ada di mana-mana sahaja. Asalkan tahu jalan yang betul. Chill!!

P/S: Masih ada peluang kedua buat mereka yang bergaduh rebutkan borang registration AF haritu. Eh!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×