berita

‘Tak Langgar Perlembagaan, Jika Dilanggar Tiada Makna Malaysia Negara Berdaulat’ – Penganalisis Politik

February 25th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Beberapa hari ini, perkembangan politik Malaysia telah menimbulkan rasa kebimbangan dan teruja rakyat. Secara rasminya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) keluar dari Pakatan Harapan termasuk YB Datuk Seri Azmin Ali dan 10 ahli pahlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Azmin Ali berkata mereka keluar dari muafakat Pakatan Harapan untuk membentuk sebuah blok bebas di Parlimen. Malah, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir juga telah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 serta jawatan presiden Parti Bersatu. Rakyat yang masih keliru dengan senario politik hari ini meluahkan pelbagai reaksi berbeza.

Rangkuman lumpuhnya Pakatan Harapan

https://www.youtube.com/watch?v=Lk-MS-nFML8&feature=youtu.be

Memetik laporan Buletin TV3, insiden membabitkan beberapa parti politik ini telah mencetuskan rasa terkejut, keliru, marah dan lega warganet.

Selepas pertemuan di Hotel Sheraton Petaling Jaya 23 Februari lalu, ada sesetengah rakyat menggesa parlimen dibubarkan selain mendesak pilihan raya semula diadakan. Apa-apapun, ramai daripada rakyat mahu kemelut ini diselesaikan dengan segera untuk kebaikan semua.

‘Perlembagaan tidak dilanggar’ – Penganalisis Politik

https://www.youtube.com/watch?v=nSkXd1bfp1Y

Menurut penganalisis politik, Pro Dr Azmi Hassan, strategi penubuhan kerajaan oleh gabungan wakil rakyat Pakatan Harapan adalah satu tindakan yang baik dan unik. Katanya, tindakan ini memberikan kestabilan dalam senario politik negara.

Apa yang penting, perlembagaan tidak dilanggari, jika ia dilanggar tiada makna Malaysia sebagai negara berdaulat yang berdemokrasi atau merdeka.

Apa yang penting adalah kestabilan dalam urus tadbir negara dapat diteruskan bagi menghadapi masalah global yang kian meruncing.

Katanya lagi, tindakan ini diambil oleh ahli politik yang matang jadi rakyat tidak perlu bimbang.

Sumber : Buletin TV3

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×