Lama dah tak beraya sama sama kan? Rindu rasanya pada semua. Ada yang dah setahun, 2 tahun, yang lebih 2 tahun tak beraya pun ada!
Setelah lama tak beraya, tahun ni raya pastinya lebih rancak dan istimewa di hati rakyat Malaysia, dimana kita dah boleh merentas daerah dan negeri untuk balik kampung. Yeay!
Haa..cakap pasal raya, jom kami kongsikan antara perkara-perkara yang wajib kita buat di Hari Raya.
Mestilah OOTD Raya!
OOTD ni memang wajib tau! Korang ingat tak 2 tahun lepas, walaupun kita tak dapat balik kampung dan tak beraya sangat, tapi baju raya tetap kena beli dan on point!
Sekali scroll media sosial tu memang penuhlah dengan OOTD masing-masing.
Haruslah kena pergi beraya!
Assalamualaikum..kami datang nak raya! Haa..lama tak dengar kan? Tahun ni mesti ramai yang lepas geram selepas 2 tahun tak dapat berjalan raya ke rumah orang. Boleh sembang dan bergossip puas-puas!
Tapi beraya, beraya juga, SOP kena jaga tau. Jangan lama-lama duduk rumah orang dan kalau nampak ramai sangat orang tengah beraya tu, skip la dulu dan pergi rumah lain.
Main bunga api lah!
Tak kiralah perayaan apa pun di Malaysia ni, memang tak akan lari dari bunga api. Selalunya budak-budak lah paling excited nak main bunga api dan mercun pop pop. Siapa yang ada anak tu memang kena standby beli bunga api banyak-banyak.
Tengok wayang dengan family!
Yang ni admin selalu buat! Tambah-tambah siapa yang beraya di bandar tu, tengok wayang di shopping mall memang dah jadi aktiviti wajib dengan sanak saudara.
Lagi best, semua siap pakai baju kurung dan baju melayu. Barulah raya kan!
Buat content yang tengah trending kat TikTok!
Bila dah berkumpul ramai-ramai tu, confirm lah ada je idea-idea kreatif untuk memeriahkan suasana! Kalau korang tengok tahun-tahun sebelum ni, ramai yang berkongsi video-video menarik mereka di TikTok. Sampai trending di FYP!
Ada yang berjoget, ada yang miming lagu raya, buat transformasi baju raya, raya challenge dan banyak lagilah! Macam-macam gelagat mereka ni, terhibur betul tengok!
Eh tahun ni pun ada challenge baru iaitu #RancakRaya Hashtag Challenge Dance tau. Bolehlah korang ajak keluarga dan saudara mara join challenge ni!
Sempena Aidilfitri ini, TikTok ingin memeriahkan lagi suasana raya korang dengan MV Rancak Raya!
Amacam, best kan lagu ni! Min dah tak berhenti menyanyi ni.
Untuk pengetahuan korang, lagu Rancak Raya ni dihasilkan oleh TikTok dan dinyanyikan oleh selebriti dan TikTok Creators seperti Izzue Islam, Khai Bahar, Yazmin Aziz, Razmansyah, Fatia dan lain-lain lagi.
Bukan itu je, kalau korang hayati lirik lagunya, ia betul-betul membawa makna kemeriahan dan keseronokan apabila dapat beraya dan berkumpul dengan sanak keluarga, tak kiralah di desa ataupun di kota!
Manakala, alunan dan rentak lagu yang segar serta catchy, confirm boleh buat lagu ni melekat dalam kepala korang! Eh, kebanyakan koreografi dalam MV ni pun tak dirancang tau, memang hasil kreativiti TikTok Creators ni masing-masing!
Lebih menarik, setiap lokasi selebriti dan TikTok Creators dalam MV Rancak Raya ni pun berbeza dan ia dirakam mengikut tempat asal mereka sendiri tau!
Sebab tulah korang nampak ada yang beraya di kampung dan ada pula yang beraya di kota. Tapi tak kisahlah kat mana pun korang beraya, asalkan dekat dengan keluarga kita. Oh ya, kalau korang perasan, pada penghujung MV ni, artis-artis ni ada bergambar dengan keluarga kan?
Haa..kalau nak tahu, ada antara mereka tu yang merupakan keluarga sebenar artis dan TikTok Creators ni tau. Yang bestnya, masing-masing sporting dan nampak enjoy dalam MV ni. Rancak betul!
Memang betul-betul dapat feel raya bila dapat bertemu dan meraikan Aidilfitri dengan keluarga sendiri. Terus rasa semangat nak raya!
Eh, cakap banyak pun tak guna. Jomlah layan lagu Rancak Raya ni dengan keluarga dan saudara mara korang. Kalau boleh, kita jadikan lagu ni trending tahun ni dan ayuh #RancakRaya bersama TikTok. Pastikan tahun ini, Raya Kita Paling Raya!
Korang juga boleh sertai pelbagai aktiviti menarik, main permainan mini dan guna efek Raya TikTok untuk kumpul mata ganjaran. Jangan lupa untuk tebus pelbagai hadiah menarik dan Pek Kesihatan TikTok Rancak Raya di sini!