Seorang bapa tunggal sanggup berpakaian menyerupai wanita demi membahagiakan anak angkatnya ketika meraikan Hari Ibu di sekolah.
Tak mahu anak angkat sedih
Menerusi laporan Mothership, Cream adalah pelajar kelas tiga yang dibesarkan oleh bapanya, Joe Lookphonbodee, 48, juga merupakan guru di Sekolah Ban Noen Kroi, Thailand.
Bagi mengelakkan anaknya daripada bersedih, Joe sanggup memakai rambut palsu dan gaun berwarna hitam putih untuk duduk di kerusi yang sepatutnya diduduki seorang ibu semasa menghadiri acara tersebut.
Momen tersebut lebih indah apabila Cream dilihat memberi penghormatan kepada Joe dan memeluknya di hadapan rakan-rakan yang lain. Ujar Joe, dia boleh menjadi ibu buat anaknya itu..
Menurut Cream, dia tidak malu dengan tindakan bapanya malah menganggap Joe kelihatan cantik dan comel pada hari tersebut.
Hari Ibu tahun ni saya nak ucapkan saya sayang ayah saya. Terima kasih sebab membesarkan dan membuatkan saya gembira. Hidup ni tak ada satu pun yang kurang.
Sekadar info, Hari Ibu di Thailand disambut pada 12 Ogos setiap tahun untuk memperingati jasa dan pengorbanan seorang ibu juga menjadi hari memperingati ulang tahun kelahiran mendiang Permaisuri Sirikit.
Sumber: Mothership