Foto: oliviaonasin_
Tular di media sosial, pasangan pengantin dari Indonesia ini mendapat perhatian netizen apabila mas kahwin mereka berjumlah 250,000 rupiah (RM73). Namun apa yang lebih menarik perhatian bukannya nilai mahar perkahwinan mereka, tetapi rupa pengantin perempuan itu juga menjadi bualan.
Mas kahwin RM73 sahaja
Foto: oliviaonasin_
Memetik laporan Detik, pasangan dari Palembang, Indonesia itu melangsungkan pernikahan dengan mengenakan busana tradisional serba putih.
Dalam video yang dimuat naik di media sosial, memaparkan pasangan itu sedang bergambar dengan wang tunai 250 ribu Rupiah Indonesia sebagai mas kahwin. Jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, mas kahwin mereka hanya berjumlah RM73 sahaja.
Rata-rata netizen memuji pasangan berkenaan kerana nilai maharnya tidak terlalu tinggi. Di Indonesia kebiasaannya nilai mas kahwin tinggi dan ditetapkan oleh pengantin perempuan. Netizen juga memuji pengantin perempuan itu kerana mempunyai rupa paras yang jelita.
Video penuh
View this post on Instagram
‘Syukur punyai isteri cantik’
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan memuji pernikahan mereka yang dilihat sangat mudah kerana nilai maharnya.
Sumber: Detik