Minggu ini, penyanyi Ismail Izzani menjadi topik hangat di media sosial selepas tular video mirip wajahnya sedang bercium dengan wanita seksi di kelab hiburan.
Artikel Berkaitan: Ismail Izzani & Shalma Eliana Putus Cinta, Buang Cincin Berlian Dalam Sungai – ‘Saya Penat Dah Sakitkan Hati Sesiapa’
Artikel Berkaitan: ‘Mengata Anak Orang Memang Seronok’ – Suliza Salam
Artikel Berkaitan: Penyanyi Lelaki Popular Kantoi Di Kelab Malam, Didakwa Bercium Ghairah Dengan Wanita Seksi?
Pernah dibomoh?
Nama penyanyi Shalma Eliana yang merupakan bekas teman wanita kepada Ismail atau lebih mesra disapa Mael turut terpalit sekali.
Eliana diajukan soalan mengenai dakwaan seorang wanita nama dikenali dengan Mia Lara yang berani mati mendedahkan pernah bomoh penyanyi berumur 22 tahun itu.
Saya baca di Boom! pasal perempuan bomoh awak. Betul ke? Seram.
Menjawab dengan ringkas, Eliana menyatakan dia memohon agar dirinya dilindungi dan dijauhkan daripada perkara syirik.
Saya tak tahu macam mana nak respon. Tapi kita doa saja supaya sentiasa dilindungi dan dijauhkan dengan perkara tidak diingini. Allah kan ada. Kita nak takut apa.
Susah nak percaya
Dalam pada itu, pemilik nama Shalma Eliana Bruhanutheen mengakui susah untuk mencari pengganti selepas putus cinta dengan pelantun lagu Bidadari pada November tahun lalu.
Saya dah tak tahu macam mana nak suka orang dah. Tak tahu la sebab trauma ke? Saya rasa isu kepercayaan. Tapi saya memang susah nak suka orang dah. Bila saya tengok orang hensem, okay kemudian bye.
Nak berkenalan dan pergi keluar makan, boleh saja. Tapi crush tak ada. Macam mana nak cari jodoh, kalau nak suka orang pun tak boleh.
Terdahulu, Ismail dan Eliana berkenalan sejak 2014 dan mula rapat empat tahun kemudian.
Sumber: Instagram @shalmaeliana