berita

‘Tak Mahu Kerja, Kami OK’ – Bos Foodpanda

October 8th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Isu sistem pembayaran baru Foodpanda menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir riders syarikat tersebut sehingga melancarkan mogok. Malah, suara mereka juga mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq yang telah mendengar keluhan rider dan berbincang mengenai masalah ini bersama syarikat Foodpanda.

Terbaru, pengarah urusan syarikat itu, Sayantan Das tampil menjelaskan kemelut yang melanda.

Tidak mahu kerja, kami OK

Sayantan Das respon kepada penghantar yang mogok dan tidak mahu menjalankan sebarang penghantaran makanan kepada pelanggan perlu menukar syif kepada penghantar lain supaya tidak menjejaskan pendapatan mereka.

Malah, dia turut mengulas dan menafikan ancaman sekatan pengenalan diri (ID) digital penghantar yang menyertai mogok.

Jika penghantar tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka.

Semasa mogok, kami tidak membatalkan sebarang ID mahupun mengancam penghantar. Mesej yang kami berikan adalah, jika awak tidak mahu kerja, kami OK sebab mogok tidak melanggar undang-undang.

Mengalu-alukan kerajaan berada dalam keputusan

Tambah Sayantan Das lagi, dia menjelaskan bahawa kerajaan tidak terlibat dalam membuat keputusan berkenaan harga skim baru terhadap rider Foodpanda. Malah, syarikat tidak terjejas dengan mogok yang telah dilakukan oleh segelintir rider, tempoh hari.

Keputusan hanya dilakukan dalam kalangan kami sahaja tanpa ada pengaruh daripada kerajaan. Tapi kami mengalu-alukan kerajaan berada dalam keputusan.

Usaha yang mereka letakkan untuk membuat pasaran kami menjadi lebih baik dan membimbing kami dalam proses membuat keputusan.

Sumber: Malaysia Kini, Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×