berita

Tak Mahu Libatkan Kekasih Dalam Industri, Hafiz Suip Akui Bercinta Dengan Saudara Jauh

May 23rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Hafiz & Friends Live Showcase Press Conference-28

Menjadi kegilaan ramai gadis di luar sana, Hafiz Suip sebelum ini dilihat bersikap agak tertutup mengenai hubungan percintaannya.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya pula berlaku sekitar minggu lalu apabila sekeping foto mesra bersama seorang wanita cantik yang dipercayai merupakan teman istimewanya telah menimbulkan seribu tanda tanya mengenai status sebenar jejaka yang berasal dari Sarawak ini.

Terkini, Hafiz ketika ditemubual di sidang media Hafiz & Friends Live Showcase mengakui bahawa wanita yang digelar sebagai Fy itu merupakan kekasihnya yang juga mempunyai talian persaudaraan jauh.

Screen Shot 2014-05-22 at 11.54.11 PM

Foto yang dimuat naik oleh Hafiz di laman Instagramnya

“Sebenarnya saya tak mahu libatkan dia dalam bidang saya sebab saya menghormati dia, menghormati karier dia dan ibu bapa dia. Bidang saya dan bidang dia amat berbeza. Saya tak mahu menggangu emosi dan fokus dia terhadap pembelajarannya.”

Sudah 5 bulan bergelar kekasih, Hafiz turut menambah bahawa dia kini semakin matang dalam kehidupan dan tidak takut untuk berkongsi kisah peribadinya dengan peminat.

“Itu merupakan pendirian saya. Selama ini saya akui saya agak takut peminat saya lari bila saya dah ada teman wanita. Tapi bila fikir semula, masa ini lah baru kita boleh tahu siapa true fans kita.

Sesetengah perkara kita boleh kongsi dan tujuan foto tersebut dimuatnaik pun bukan untuk menunjuk-nunjuk. Disebabkan ramai yang tertanya-tanya mengenai teman wanita saya dan saya akui sebagai public figure, kita kena berkongsi dengan peminat.”

Hafiz & Friends Live Showcase Press Conference-20Hafiz lebih selesa untuk merahsiakan identiti kekasihnya

 Enggan mendedahkan identiti sebenar kekasihnya, Hafiz hanya memberitahu bahawa gadis itu juga berasal dari Sarawak dan kini sedang meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan.

“Kami dah lama kenal sebenarnya. Kira-kira 4 tahun lepas pernah bawa dia jumpa keluarga. Daripada situ, baru tahu yang kami ada pertalian darah yang jauh.

Masa itu terfikir juga macam mana nak ada perhubungan dengan saudara sendiri. Tapi kini saya rasa tiada masalah pun sebab bukan adik beradik atau saudara terdekat.

Malah, hubungan kami pun sudah mendapat restu keluarga. Saya suka dia kerana dia merupakan seorang gadis yang mudah dibentuk dan menghormati ibu-bapa. “

Merancang untuk mengikat tali pertunangan, Hafiz mengakui bahawa dia kini sudah bersedia untuk membawa hubungan tersebut ke arah yang lebih serius.

Hafiz & Friends Live Showcase Press Conference-13

Hafiz dan Akim di sidang media Hafiz & Friends Live Showcase

Beralih kepada soal karier, Hafiz kini sedang sibuk dengan persiapan untuk menjayakan Hafiz & Friends Live Showcase yang akan diadakan pada 22 Jun ini bertempat di Hard Rock Cafe Melaka.

Bakal mendendangkan 10 hingga 12 buah lagu, Hafiz bakal menjayakan showcase tersebut bersama dua orang sahabat baiknya, Hazama dan Akim.

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×