berita

Tak Melekat & Lembik, Tips Masak Nasi Lemak Untuk Newbie, Confirm Jadi!

July 8th, 2019 | by Shafika
MyResipi

Nasi lemak boleh dikatakan makanan tradisi rakyat Malaysia. Tidak kiralah waktu sarapan atau waktu lain, nasi lemak pasti menjadi pilihan ramai orang termasuk pelancong luar. Kelazatan nasinya yang berlemak memang tidak dapat ditandingi nasi-nasi lain.

Tidak hairanlah kalau ianya diangkat menjadi makanan identiti negara. Kali ini kami kongsikan resepi ringkas dan mudah buat mereka yang pertama kali mahu mencuba masak nasi lemak ini. Confirm jadi!

Nasi tak melekat

Dulu tak pandai masak Nasi Lemak. Dia punya nasi. Tak pandai agak-agak. Masak nasi tapi lembik la mentah la. Rupanya senang gila nak masak cik mak ni. Dua kali try mmg jadi. Tu berani share. Tak ingat tengok tips dari mana. Alhamdulillah nasi dah jadi sebiji-biji tak melekat antara satu sama lain.

Cara-caranya

Tips penting

3 pot beras + 4 pot air atau santan
( guna pot yang sama )

Contoh la nak masak 3 pot nasi

1. Basuh beras dan tapis
2. Potong bawang merah + bawang putih + halia
3. Masukkan beras + bawang + halia tadi . (Gaul dalam beras tadi )
4.simpul daun pandan
5. Ok masuk kan 2 pot air + 1 pot santan pekat + 1 pot santan cair ( KIRA TOTAL 4 pot air / santan )
Guna POT yang sama masa sukat beras.

Letak 5-6 sudu minyak


6. Letak 3-5 sudu minyak masak selepas masuk air ( terpulang nak letak berapa pandai-pandai adjust )
7. Letak garam 1 sudu teh (agak-agak) jangan masin sudah
8. Tekan cook jangan lupa tekan kang tak masak nasi. Hahahaha
9. Dah masak nasi akan ada pati santan nanti ambil garpu gaul-gaul manja pastu tutup semula tudung periuk biar 5 minit boleh hidang la

Masa mendidih bau semerbak nasi. Kalau 5 pot beras+6 pot air/santan. Matematik di situ

p/s: saya guna santan kotak tadi

Sumber : Nurfatin Al-Jamalullail

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×