berita

Tak Mengaku Anak & Berlakon ‘OK’ Ketika Ditanya, Wanita Buang Bayi Bertali Pusat Dalam Longkang

January 20th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Kuching, mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui oleh penduduk setempat di dalam longkang di kawasan lorong 10 Fasa 3, Bandar Baru Samariang. Bayi tersebut dipercayai telah ditinggalkan sendiri oleh ibu kandungnya.

Mayat bayi dalam longkang

Menerusi laporan Utusan Borneo, pihak polis walau bagaimanapun telah menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti identiti ibu kandung bayi berkenaan. Susulan daripada kejadian itu, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut dan hasil daripada siasatan telah berjaya mengenalpasti identiti seorang wanita berusia 20 tahun yang disyaki merupakan ibu kepada bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, pihak mereka akan menahan wanita tersebut untuk membantu siasatan dan penahanan masih belum dibuat memandangkan wanita tersebut sedang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ibu nafi lahirkan anak

Tambahnya lagi, pihak mereka sebelum ini telah menerima laporan daripada doktor yang bertugas di HUS yang memaklumkan bahawa pihak hospital ada menerima seorang pesakit perempuan yang mengalami pendarahan akibat bersalin dan menunjukkan tanda-tanda melahirkan anak.

Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila wanita itu dilihat seakan-akan mahu menyembunyikan kelahiran anaknya itu daripada orang ramai. Tetapi malangnya, ‘lakonan’nya itu terbongkar selepas orang ramai menemui mayat bayi perempuan itu di dalam longkang berdekatan dengan rumah wanita terbabit.

Apabila disoal, dia tidak mengaku ada melahirkan anak.

Ekoran itu, mayat bayi tersebut telah dihantar ke HUS untuk tindakan lanjut dan kes masih dalam siastaan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan Borneo, Berita Harian

SKIP THIS AD ×