Drama adaptasi novel sentiasa menjadi kegemaran ramai. Penceritaan, konflik yang timbul semuanya membuatkan para penonton rasa lebih teruja untuk menonton drama tersebut.
Akan datang di slot Samarinda TV3 merupakan sebuah lagi drama adaptasi dari novel berjudul ‘Heartless’ karya Ateen Khalid!
Drama Hati Tanpa Rasa akan mengisi waktu petang korang dengan perasaan bercampur baur! Kejap geram, kejap sedih, kejap berbunga-bunga. Lebih-lebih lagi dengan hero dan heroin yang sepadan!
Gabungan mantap Scha Elinnea dan Redza Rosli akan buat korang melekat depan TV!
Berkisahkan mengenai seorang gadis bernama Nur Kaisara lakonan Scha Elinnea yang berpindah ke kota dari kampung. Dia berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan kemiskinan beliau dari teman-temannya.
Dia terlalu mengejar kemewahan sampai sanggup jadi anak derhaka dengan menghalau ibu bapanya yang datang dari kampung untuk berjumpa dengan dia tau!
Insiden ini disaksikan oleh Nidham lakonan Redza Rosli dan beliau bertekad untuk memberi pengajaran kepada si Kaisara ni.
Macam mana Nidham kasi pengajaran tu?
Part ni best guys! Sebab korang boleh tengok macam mana Nidham ni betul-betul buli Kaisara ni supaya dia sedar sikit apa dia dah buat tu salah!
Kaisara menerima tawaran bekerja dengan Nidham dengan harapan dia dapat jawatan tinggi lah.. rupa-rupanya dia dapat jawatan driver weh!
Boleh bayangkan dah macam mana ekspresi muka Kaisara tu bila dapat tahu kan?
Korang rasa macam mana? Adakah Kaisara boleh bertahan kerja macam tu? Berjaya ke Nidham beri pengajaran tersebut dan… mungkinkah akan ada bibit-bibit percintaan antara mereka? Aaa…tak sabar nak tengok!!
Drama ini turut dibintangi barisan pelakon hebat yang lain seperti Yasmin Khalid, Ayra Messi, Khalida Balqis, Jasmin Hamid, Syarafi Sudarmaji, Azim Yusof, Lisdawati dan Zuhairi Ibrahim.
Drama Hati Tanpa Rasa akan mula ditayangkan bermula 13 Disember 2022, dari Isnin hingga Khamis pada pukul 11 malam!
Tonton di iQIYI je lebih mudah! Boleh dapat akses awal tau ke episod baru!
Platform paling selalu orang tuju untuk layandrama-drama menarik tak kisah lah drama melayu ke, K-Drama, C-drama bahkan Anime pun, tak lain tak bukan mestilah iQIYI!
Menyediakan pelbagai filem dan drama terbaik untuk korang yang korang boleh akses di bila-bila masa dan dimana je korang berada!
Bulan Disember ni ada promo diskaun 40% untuk akses VIP!
Dari 12 hingga 18 Disember ini, iQIYI menawarkan promo hebat akses VIP sebanyak 40% yang menjadikan akses tahunan VIP tersebut kini hanya RM69.90 je weh!
Memang gempak habis sebab bila korang menjadi pelanggan VIP iQIYI ni, korang boleh enjoy pelbagai manfaat dan korang boleh strim Hati Tanpa Rasa secara Ekspres pada jam 11 pm! Tak payah tunggu 48 jam kemudian baru nak tengok episod baru!
Orang tak dapat tengok lagi korang dah dapat tengok tau! Bukan itu sahaja, korang boleh layan drama favourite korang dengan Dolby Atmos dan Full HD lagi. Paling penting, boleh Skip Ad! Memang mantap habis!
So guys apa lagi? Kalau nak langgan boleh lah tekan link dekat www.iq.com sekarang! Jom sama-sama kita tengok macam mana Redza Rosli dapat buli Scha Elinnea sampai dia berubah!