Di Instagram, penyanyi, Naim Daniel dilihat memberi kata-kata semangat buat Sissy Imann. Menurut Naim, dia sentiasa ada bersama Sissy sehingga habis pertandingan Famili Duo.
Artikel berkaitan: ‘Mereka Bukan Penyanyi Keroncong, Seharusnya Beri Lagi Galakan & Penambahbaikan’ – Bob Yusof
Artikel berkaitan: Saya Menyakiti Hati Ramai Orang Dengan Nyanyian Yang Teruk’ – Sissy Imann Mohon Maaf
Artikel berkaitan: ‘Apa Kamu Buat Malam Ni? Semua Tak Cantik & Mummy Tak Suka’ – Mas Idayu
Artikel berkaitan: ‘Saya Tegur Sebab Sayang Dengan Bakat, Mahu Sissy & Naim Lebih Berjaya’ – Mas Idayu
Tak mengapa, saya ada
Kadang, ada ketika dimana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba. Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka.
Ujar Naim, adat pertandingan sudah pasti ada yang suka dan tidak suka dengan persembahan mereka. Sebagai peserta, Naim berkata dia dan Sissy mahu menyahut cabaran melakukan sesuatu yang baharu meskipun ada kalanya mereka takut mendengar pelbagai penerimaan.
Menerusi posting yang dimuat naik juga, Naim dipercayai memujuk Sissy agar jangan bersedih. Jelas Naim, dia sentiasa ada untuk Sissy.
Kadang, ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan. Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan. Tak mengapa, saya ada.
Sumber: Naim Daniel