Semua tahu menjadi satu kesalahan kalau tak pakai helmet semasa menunggang motosikal. Tapi bila keadaan memaksa, kita redah jugak. Itu jugak yang berlaku kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri apabila dia didapati membonceng motosikal tanpa memakai helmet.
Namun, apa bezanya beliau dengan orang lain adalah dia membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebooknya kepada pihak polis dan JPJ. Admin baca ni serious rasa macam comel pon ada. Iyalah, mufti mintak maaf. Kalau admin dah tak mintak maaf dah.Ahahaha.
Tak mahu menyusahkan penganjur.
Beliau dilihat membonceng motosikal tanpa helmet dalam kesesakan jalan raya di ibu kota. Tindakan ini mendapat perhatian netizen. Dan rata-rata mereka memuji dan kagum dengan kenyataan yang Mufti Wilayah Persekutuan keluarkan.