Di Instagram Story, penyanyi Datin Alyah meluahkan rasa kesal apabila menerima layanan kurang mesra daripada staf sebuah hotel.
Artikel Berkaitan: Nama Restoran Di R&R Beri Alyah Idea Untuk Namakan Anak Angkat Nur Izzara – ‘Saya Tak Pernah Ada Pengalaman Namakan Anak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alyah Sifatkan Nur Izzara Sebagai Hadiah Dari Tuhan – ‘Semua Tepat Pada Waktunya’
Semua berubah
Menurut Alyah, sebelum ini dia pernah menginap di hotel yang sama dan layanan yang diberikan terhadapnya cukup berbeza. Tambah Alyah, kehadirannya kali ini tidak disambut mesra.
Dulu hotel ini best sangat, staf dia semua peramah. Lama sudah tak datang sini, datang balik semua berubah.
Penginapan itu macam tak berbayar pula rasa dari riak wajah yang menyambut. Aku terlebih sensitif ke? Atau format kerja bahagian perkhidmatan sudah berubah?
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Alyah tidak mendedahkan nama hotel tersebut. Berbicara lebih lanjut, Alyah berkata, dia tidak minta untuk dilayan seperti orang terhormat namun cukuplah menghormati dirinya sebagai tetamu.
Dunia-dunia. Tak minta dilayan macam raja cukuplah berikan layanan yang membantu dan menyenangkan. Kalau apa-apa yang kita minta tak ada, tak apa memahami.
Tapi sekurang-kurangnya berilah kata maaf dan wajah yang menyenangkan.
Tak minta dilayan seperti raja
Sumber: Alyah