Sekadar gambar hiasan
Sudah menjadi tanggungjawab hakiki seorang suami dalam menyediakan nafkah buat isteri dan anak-anak. Namun begitu, terdapat sesetengah suami yang dilihat melepaskan tanggungjawab ini dan meletakkan sepenuhnya pada bahu si isteri.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Sanggup Buat Apa Saja!’ – Lelaki Gila Talak Sanggup Fitnah ‘Check In’ Dengan Isteri Sebab Nak Rujuk
Artikel Berkaitan:Bertahun Kerja Luar Negara Demi Keluarga, Hantar Duit RM8k Sebulan, Tahu-Tahu Suami Di Malaysia Kahwin Lain
Saling tuduh-menuduh antara satu sama lain
Foto: Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli
Seperti kisah dikongsi seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli menceritakan seorang bapa yang cuba ‘melarikan’ diri dan sempat memberikan alasan mengapa dia enggan memberikan nafkah buat anaknya sendiri.
Kisah tersebut berlaku kepada seorang wanita berusia 30 tahun, yang telah mendirikan rumah tangga selama lebih tujuh tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata. Bagaimanapun, atas tuntutan kerja pasangan ini terpaksa berjauhan dan si isteri berada di utara manakala, si suami berada di ibu kota. Sehinggalah satu hari, apabila kedua-dua antara mereka saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.
Jadi, mereka hanya akan bertemu lebih kurang 2 kali dalam sebulan. Selepas melahirkan anak pertama dan kedua, hubungan mereka sedikit dingin. Kemuncaknya setelah melahirkan anak ketiga. Mereka bergaduh kerana isu nafkah dan semakin kurang kemesraan. Adakala masing-masing menuduh curang. Isteri dituduh curang dengan seorang lelaki muda. Suami pula dituduh curang dengan seorang janda anak satu.
Susulan daripada itu, pasangan ini bersetuju untuk berpisah secara baik tanpa sebarang persetujuan mengenai nafkah anak-anak. Anak-anak tersebut dijaga sepenuhnya oleh si ibu dan wanita ini membelanjakan duitnya 100% bagi memenuhi keperluan harian mereka.
Si bapa lepas tangan setelah cerai, kerana selepas sahaja habis tempoh eddah, lelaki tersebut telah berkahwin lain. Sedangkan si bekas isteri, terus kehidupan dengan anak-anak macam biasa.
Ibu mula failkan kes nafkah
Sekadar gambar hiasan
Selepas setahun menanggung seorang diri membesarkan anak-anak, wanita ini mengambil keputusan untuk memfailkan kes nafkah di mahkamah.
Tiba-tiba, dalam dua minggu setelah kes difailkan, wanita ini dapat satu dokumen. Rupanya, bekas suami itu memfailkan Permohonan Pengesahan Nasab di Mahkamah Tinggi Syariah. Tujuannya adalah untuk menafikan bahawa anak yang ketiga itu adalah anaknya. Dituduh anak tersebut tak sama warna kulit. Dan tak nampak ciri-cirinya.
Tidak berakhir di situ, lelaki tersebut juga turut menuduh bekas isterinya berzina dengan lelaki lain berikutan ciri-ciri yang berbeza terdapat pada anaknya. Hati wanita itu hancur dan luluh apabila dituduh berzina dengan lelaki lain ditambah pula, bekas suaminya yang tidak mengaku akan anak mereka.
Kemudian, atas permintaan mahkamah, mereka diarah untuk buat DNA test. Hampir 90% DNA nya tepat. Tapi, masih si lelaki nak teruskan kes. Katanya, semasa anak ketiga tersebut dalam kandungan, dia tidak tahu. Dia hanya tahu selepas si isteri maklumkan setelah 6 bulan ‘pregnant’.
Mahkamah tolak permohonan
Sekadar gambar hiasan
Berbicara lebih lanjut, lelaki itu mendakwa bekas isterinya pernah berhubung dengan banyak lelaki semasa mereka duduk berjauhan dan menjelaskan dia jarang balik ke rumah sebelum anak ketiga berada dalam kandungan. Bagaimanapun, pihak mahkamah menolok permohonan lelaki tersebut berikutan anak itu masih dinasabkan kepada dirinya.
Ada tanda-tanda besar yang si bapa berbuat demikian untuk elak daripada bayar nafkah anak sahaja kerana si ibu telah failkan kes di mahkamah. Teguran keras diberikan kepada lelaki tersebut dan si bapa-bapa yang lain, jangan nak elak nafkah anak, sampai sanggup nak menafikan itu anak yang sah.
Sumber: Fahmi Ramli