berita

Tak Nak Buat ‘Homework’, Budak 11 Tahun Bagi Alasan Alah Dengan Bau Buku

September 19th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun tular di media sosial China selepas dia tampil dengan alasan bahawa dirinya mengalami alahan terhadap bau buku kerana tidak mahu membuat kerja sekolah.

Tidak mahu dapatkan rawatan

Memetik laporan South China Morning Post, kanak-kanak tersebut merupakan pelajar tahun lima sebuah sekolah di wilayah Jiangsu di, Timur China.

Dalam satu video yang dimuat naik sebuah agensi berita tempatan, Xibu Juece, kanak-kanak itu dilihat menangis sambil menyatakan bahawa dia tidak dapat membuat kerja rumah.

Difahamkan, dia terpaksa membuat kerja rumah sambil memegang tisu pada hidungnya, kononnya mengalami reaksi alahan yang membuatkannya tidak sihat.

Dalam rakaman tersebut, ibunya bertanya mengapa dia tidak mahu membuat kerja sekolah, kemudian dijawab bahawa dia alah dengan bau buku.

Saya mengalami alahan kepada bau buku.

Kemudian, ibunya bertanya sekiranya dia ingin pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan tetapi dia tidak mahu, menyebabkan wanita itu ‘naik angin’.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet China, dan ada yang berseloroh bahawa bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai bakat berlakon dah mungkin menjadi seorang pelakon pada masa akan datang.

Sebagai rekod, kanak-kanak di China menghabiskan masa selama 2.82 jam secara purata setiap hari hanya untuk menyiapkan kerja rumah, data itu adalah 3.7 kali lebih tinggi daripada Jepun dan 4.8 kali tinggi daripada pelajar di Korea Selatan.

Sumber: South China Morning Post

SKIP THIS AD ×