berita

Tak Nak Kahwin, Model Pilih Sperma Lelaki British Lahir 3 Kembar Secara IVF – ‘‘Tak Ada Lelaki Boleh Kawal Saya’

February 25th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

In-Vitro Fertilisation (IVF) atau bayi tabung uji merupakan salah satu kaedah rawatan kesuburan untuk membantu pasangan yang mempunyai masalah mendapatkan zuriat yang berjaya dihasilkan menerusi kajian mendalam pada zaman moden ini. Meskipun kaedah IVF ini menelan kos yang agak tinggi namun ada segelintir individu terpaksa melakukan proses ini untuk mendapatkan zuriat.

Tetapi kali ini lain pula kisah yang dilalui seorang model popular dari China ini yang dikenali dengan nama Li Xueke.

Pilih sperma lelaki British

Menurut Li Xueke, sebelum ini dia dibesarkan dalam sebuah keluarga di mana ibu bapanya bercerai. Dia kemudian tinggal bersama ibunya dan sejak daripada itu model berusia 30 tahun ini mula menjadi seorang yang berdikari dan tidak bergantung harap kepada orang lain. Perwatakannya yang berani membuatkan Li Xueke akhirnya menjadi seorang wanita yang berjaya.

Ketika berusia 17 tahun, Li Xueke sudah mula berjinak-jinak dalam dunia permodelan malah sudah berjaya memenangi pelbagai anugerah. Bukan itu sahaja, dia kemudian mengembangkan sayapnya dengan membina empayar pelbagai jenis perniagaan sehinggalah pada usia 30 tahun, Li Xueke bergelar seorang jutawan muda.

Menurut Li Xueke, meskipun dia memiliki segalanya tetapi sebagai seorang wanita dia juga mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga kecil bersama pasangan hidup. Namun impiannya itu tidak kesampaian apabila dia berkali-kali gagal dalam percintaan. Tetapi perkara itu membuatkan Li Xueke menjadi semakin kuat dan yakin bahawa dia mampu hidup bahagia dan bebas tanpa lelaki di sisi.

Dah terbiasa hidup berdikari

Sejak daripada itu, dia terfikir untuk memiliki anak tanpa seorang suami. Li Xueke kemudian nekad ‘terbang’ ke Thailand untuk melakukan IVF. Menurut sumber, Li Xueke memilih sperma lelaki British dengan harapan mendapat anak yang mempunyai kacukan. Pada bulan Julai 2019, Li Xueke telah melahirkan tiga anak kembar iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Tindakan Li Xueke secara tidak langsung menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan ibu kepada tiga anak ini mementingkan diri sendiri. Hal ini kerana, mereka mendakwa anak-anak memerlukan kasih sayang seorang bapa. Namun Li Xueke mendakwa itu bukanlah satu perkara besar kerana dia juga dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dengan penuh kasih sayang.

Saya dah terbiasa hidup berdikari. Tiada lelaki yang boleh kawal hidup saya dengan baik. Jadi kenapa mesti nak rosakkan mood dan buang masa dengan masalah keluarga? Betapa penatnya setiap hari nak guna otak untuk menghadap isu-isu hubungan ibu mentua atau menantu.

Tambah Li Xueke lagi, dia lebih memilih hidup bujang kerana sehingga kini dia masih belum jumpa lelaki yang sesuai untuk dijadikan sebagai pasangan hidupnya.

Sumber: Inf News

SKIP THIS AD ×