Menerusi laman Masak Apa Tak Jadi, seorang wanita luah rasa terharu apabila dapat memenuhi hasrat bapanya untuk makan umbuk kelapa. Pada awalnya, dia cuba mesej seorang individu di group tersebut selepas dia membuat pos mengenai umbuk kelapa. Namun siapa sangka akhirnya individu tersebut sanggup hantar menggunakan khidmat pos. Baiknya!
Mencari umbut kelapa untuk ayah
Assalammualaikum semua. Bukan nak post gamba masakan yang tak jadi, tapi nak post tentang kebaikkan hati seorang insan yang berada di dalam group ni. Segalanya bermula bila saya terlihat posting dari Puan Mispa binti Basurah tentang umbut kelapa (maaf, terkadang saya sebut embut).
Terus teringat Abah saya yang da lama teringin nak makan umbut ni. Puas dah saya mencari di KL namun belum rezeki Abah. Segera saya komen di gamba tersebut. Dari secebis komen di FB, beralih pula kepada messenger dan seterusnya di whatsapp.
Menurut wanita ini, sudah lama dia mencari umbuk kelapa buat abahnya namun masih tiada rezeki. Sehinggalah suatu hari apabila seorang individu kongsi mengenai umbut kelapa. Daripada situ, dia menghubungi sendiri untuk dapatkan maklumat mengenai umbut kelapa itu.
Tak sangka Puan Mispa pos
Dan tanpa saya sangka, Puan Mispa telah berusaha sedaya upaya untuk postkan umbut yang Abah idamkan. Gigihnya Puan Mispa. Umbut di balut kemas dan cepat-cepat ke J&T Express di tempat beliau di Johor. Sekejapan waktu, umbut telah dipos. Dan hari ini, umbut telah selamat sampai ke tangan Abah.
Ya Allah, waktu bungkusan dibuka, ternyata umbut masih cantik dan segar. Besar dan lemak manis rasanya. Bahagia rasa dapat tengok Abah makan dengan selera. Hanya Allah yang tau perasaan tu. Dan saya sangat sangat terharu dengan kebaikkan hati Puan Mispa sampaikan kos postage pon Puan Mispa tak nak terima.
Namun siapa sangka individu yang dikenali sebagai Mispa itu sanggup hantar umbut kelapa melalui pos. Wanita ini melahirkan rasa terharu apabila individu ini sanggup membantunya walaupun tidak dikenali.
Dapat penuhi hasrat bapa
Terima kasih sekali lg ye Puan Mispa. Semoga Allah berikan ganjaran yang lebih besar buat Puan di dunia dan di akhirat. Semoga Allah lipat gandakan lagi rezeki Puan. Sesungguhnya saya terhutang budi. Kita tidak saling mengenali namun betapa gigih puan membantu saya, amat saya hargai.
Akan saya kenang kebaikkan puan ini hingga akhir nafas saya kerana melalui Puan, saya dapat penuhi hasrat Abah saya. Terima kasih juga buat admin group ini. Kerana group inilah, saya bertemu dengan insan yang berhati mulia ini. Semoga group ini kekal berada di sini agar kita smua dapat menjalinkan ukhwah walau apa skali pon poskod kita.
Lebih terharu lagi, apabila individu tersebut tidak mahu wang dan ikhlas hantar untuk ayah wanita ini. Memang terbaik!
Sumber : Sanggar Bayu