Dilihat kerap memuat naik foto dan berkongsi mengenai perkembangan anak-anak di media sosial, pelakon Rita Rudaini, masih mendapat pertanyaan yang ‘bukan-bukan’ daripada netizen mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Tak Setuju Kenyataan Golongan T20 Hantar Anak Masuk MRSM Untuk Ajar Erti Susah – ‘Hantar Rumah Kebajikan Pun Boleh’
Artikel Berkaitan: ‘Baru Tahu Ada Orang Lagi Bodoh Daripada Saya’ – Rita Rudaini Tujukan Pada Siapa?
Tak pernah tengok anak?
Terbaru, seorang individu bertanya kepada Rita sama ada bekas suaminya itu ada datang menjenguk anak-anak ataupun tidak. Melihat pertanyaan tersebut di ruangan komen, pelakon filem ‘Bara’ ini terus tampil memberi respon.
Rita secara sinis mengingatkan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu supaya tidak berangan untuk berjumpa dengan anaknya selepas mendakwa lelaki tersebut tidak pernah peduli tentang darah dagingnya sendiri sejak mereka kecil lagi.
Sumber: Rita Rudaini