berita

‘Tak Payah Nak Berbeta-Beta’ – Dakwa Difitnah & Dimaki ‘Sultan Melaka’, Tauke Mahu Saman

January 7th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru-baru ini rumahtangga pelawak, Tauke Jambu dikatakan musnah apabila isteri mengeluarkan kenyataan sudah berpisah menerusi pesanan suara Whatsapp. Tauke walaubagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mengakui masih lagi mempertahankan hubungan yang telah dibina.

Terbaru, Tauke meluahkan rasa marah dengan sebuah laman Facebook yang dikatakan telah menfitnah dan mencacinya. Dia juga memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik akaun Sultan Melaka itu.

Tak payah nak berbeta-beta

Menerusi Harian Metro, pelawak ini memberitahu tidak kisah dengan kenyataan yang dikeluarkan tetapi apabila namanya dimaki, ia adalah melampau.

 Aku tak marah pada warganet (netizen) tapi pada pencetus.

Inilah yang dikatakan melanggar etika kewartawanan, orang nak jadi wartawan atau blogger keluar masuk universiti tapi dia terus nak naik, sebab itu tiada otak apabila ‘post’ apa-apa.

Tindakannya memalukan nama sultan, wartawan dan blogger yang berkelayakan.

Ekoran daripada itu, Tauke telah membuat laporan polis dan mahu mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik akaun tersebut.

Berhajat mahu bersara dari bidang seni

Tambah Tauke lagi, selepas mencacinya secara terbuka di laman sosial, individu itu juga cuba mengapi-apikan situasi rumah tangga yang melandanya kini.

Saya berhajat mahu bersara dari dunia seni, biarlah menjadi orang biasa-biasa saja.

Senang ‘lu kecam gua, gua kecam lu.’ Rumahtangga pun semakin retak.

Akui malu berdepan khalayak dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya, Tauke memberitahu akan membuat keputusan sama ada mahu berhenti atau meneruskan bidang seni apabila habis program Maharaja Lawak Mega.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.