Memang tidak dapat dinafikan kewujudan makhluk halus disekeliling kita kerana ‘mereka’ juga adalah ciptaan Allah SWT. Banyak kisah seram yang pernah kita dengar berkaitan makhluk halus ini seperti rumah yang ‘berpenghuni’, histeria dan sebagainya.
Terbaru, seorang wanita berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya baru-baru ini di sebuah hotel. Pada mulanya dia sekadar berkongsi video tersebut di laman akaun media sosial miliknya tanpa menyedari sesuatu yang aneh.
Kelibat entiti tidak berkepala
Ada seorang hamba Allah yang tak dikenali minta nombor telefon Erin untuk call berkaitan dengan bisnes.
Masa kami tengah bersembang, dia ada bagi tahu Erin, ‘Erin, nak tanya hari tu Erin ada buat boomerang yang pakai seluar jeans putih dan baju pink tak? Erin ada event apa dan dekat mana?
Selamba aku dengan riang jawab ‘Erin celebrate birthday kawan dekat sebuah hotel. Kenapa kakak sayang?’ Lepas tu dia ada tanya lagi, ‘Erin ada perasan sesuatu tak dekat boomerang tu?’.
Kemudian aku jawab, ‘Tak ada pulak kak, kenapa ya?’ Lepas tu akak tu kata, ‘Erin, akak perasan ada orang dekat belakang Erin tu tapi dia tak ada kepala’.
Meremang bulu roma
Aku tekejut, ‘Hah! Tak ada kepala? Eh tak ada lah’. Sebelum ni memang kawan ada tegur masa ambil boomerang tu, ‘Ala, ada orang pula dekat belakang tu’. Kemudian Erin selamba jawab ‘tak apa lah’.
Akak ini kemudian bagi tahu nanti dia akan hantar boomerang dekat Erin. ‘Sebenarnya dah banyak akak perhati kan boomerang tu, sebab itu lah akak screenshot simpan nak bagi Erin tengok. Cuba Erin pula perhati’.
Bila buka je whatsapp dari dia, oh my God! Aku sendiri yang terkejut! Meremang bulu roma aku.
Nak kata effect boomerang, tak pernah pula terjadi macam ni. Kalau nak sedapkan hati lagi, maybe kepala dia tengah main pusing-pusing kot. Tapi dalam hati terasa lah juga degupan jantung 120km tu.
Sumber: Shafrina Zibidan