berita

Tak Perasan Kad Bank Tercicir, ‘Pencuri’ Sempat Belanja Dekat Kedai Vape

May 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Nor Hidayah

Seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Nor Hidayah tampil berkongsi satu kisah di mana dia telah kehilangan kad banknya. Tidak berakhir di situ, kad tersebut juga telah digunakan oleh seorang lelaki menerusi kaedah pay wave untuk membuat sebarang transaksi tanpa perlu kata laluan.

Dugaan di malam 25 Ramadan

Foto: Nor Hidayah

Ceritanya bermula apabila wanita ini pergi ke sebuah stesen petrol bagi mengeluarkan duit namun, dia ketika itu sama sekali tidak menyedari kadnya telah tercicir. Bahkan, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dia menyimpan semula kadnya itu ke dalam poket.

Lepas balik dari office pergi petronas sini (Sg besi bypass) untuk keluarkan duit. Tengok cctv memang simpan dalam poket dan tak ada interaction aku dengan makcik (baju merah) ni. Tah mana dia kutip tak tau lah. Aku suspect kat luar petronas, sebab mungkin masa tu nak keluarkan kunci kete.

Masa lepas berbuka tu, dapat notification duit tolak kat kedai vape, padahal masa tu dah 2nd transaction dah. Terus blurr jap. Call bank ingatkan keje scammer. Rupanya aku tak perasan kad hilang. Perasan bila orang bank mintak no kad bank tu. Check-check tepuk dahi aku, rupanya kad aku cicir dia wave kad aku.

Transaksi di kedai vape

Foto: Nor Hidayah

Tidak berakhir di situ, lelaki berkenaan turut menggunakan kad wanita ini dia dua tempat berbeza iaitu farmasi dan kedai vape. Pada masa yang sama, wanita ini sempat untuk membuat panggilan kepada pemilik kedai berkenaan bagi membenarkan dia untuk melihat CCTV bagi mengenal pasti lelaki itu.

Nampak transaction dia kat kedai vape. sebelum tu dia selamat dah beli kat pharmacy. Aku pon try google kedai vape tu dapat lah no fon. Aku pon call lah. nasib baik taukey kedai vape tu bagi kerjasama and percaya lah kat aku. Dia pon bagi lah gambar cctv. Nak bagi confirm takut aku tersalah orang nak doa ni. Hahaha. Aku pon pergi lah semula petronas. So mintk tengok cctv, confirm lah itu org dia. Aku pon doalah untuk dia. Tak doa bukan-bukan pon. Doa supaya dia semput lepas isap vape tu.

Nak meroyan pon tak guna, salah aku juga. Sedikit sebanyak keburukan wave. Jadikan ah pengajaran dan teladan. Lepas ni elok lah deactivate wave tu.

Sumber: Nor Hidayah

SKIP THIS AD ×