berita

‘Tak Perlu Babitkan Dia Atau Orang Luar’ – Didakwa ‘Dikongkong’ GF, Aiman Tino Jelas Perkara Sebenar

February 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, status yang dimuatnaik oleh ibu penyanyi terkenal, Aiman Tino yang mendakwa sikap anaknya sudah berubah selepas dipercayai dikongkong oleh seorang wanita telah mencetuskan kontroversi sehingga ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi.

Artikel Berkaitan: ‘Man, Awat Mak Hang Call Hang Tak Angkat?’ – Netizen

Artikel Berkaitan: ‘Macam Tu Lah Kalau Dah Dikongkong Betina’ – Rindu Anak, Ibu Dakwa Aiman Tino ‘Dikawal’ Kekasih?

Susulan daripada dakwaan tersebut, Aiman telah tampil membuka mulut menjelaskan perkara sebenar yang menimpa dirinya.

‘Khilaf atas diri sendiri’

Memetik laporan Berita Harian, Aiman memaklumkan perkara tersebut berlaku disebabkan salah faham yang berpunca daripada dirinya sendiri. Tambah penyanyi ini lagi, dia mengakui sikap sambil lewanya itu telah memberi kesan terhadap diri, keluarga dan kerjayanya sebagai anak seni.

Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.

Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima.

Jelasnya lagi, sikap tersebut juga telah membuatkan ramai pihak terkilan termasuk kedua ibu bapanya.

Tak perlu libatkan orang luar

Bercerita dengan lebih lanjut, Aiman meminta supaya tidak melibatkan orang luar dalam isu ini. Menjawab dakwaan konon Aiman dikongkong seorang gadis seperti yang dimaksudkan oleh ibunya, Aiman mengakui dia berkenalan dengan gadis itu atas urusan kerja.

Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain. Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri.

Difahamkan, Aiman telah pulang ke rumah keluarganya di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk menyelasaikan masalah tersebut.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×