Kantin sekolah mempunyai peranan yang sangat penting dalam menyediakan pengambilan makanan yang sihat dan bersih buat kanak-kanak di sekolah. Ianya dapat membantu perkembangan tubuh dan otak kanak-kanak di peringkat awal. Jadinya sebab itu penting pihak kantin perlu mengambil berat soal pemakanan pelajar di sekolah.
Menerusi perkongsian seorang ibu, Puan Salehah Ariffin di Facebook, wanita tersebut memuji usaha baik pihak kantin sekolah anaknya di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya, Pulau Pinang kerana membuat inovasi yang luar biasa terhadap menu makanan dan mengutamakan keselesaan para pelajar di sekolah tersebut.
Mudahnya makan di sekolah masa rehat
Menurut perkongsian wanita tersebut, dia bersyukur sekolah anaknya mengutamakan keselesaan buat para pelajar kerana menyediakan tempat duduk yang tetap sewaktu rehat. Tambahnya, anaknya itu tidak perlu beratur untuk membeli makanan kerana pihak kantin akan menghantarnya ke meja makan.
Program Inisiatif Hidangan Berkhasiat Di Kantin Sekolah (HiTS)
Wanita itu juga turut berkongsi, program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah (HiTS) yang diperkenalkan oleh unit pemakanan pejabat kesihatan daerah itu. Program itu menyediakan pelbagai pilihan menu yang sesuai dengan keperluan kalori mengikut umur pelajar. Selain itu, harga bayaran yang dikenakan kepada ibu bapa jika mereka mahu menyertai program tersebut turut dikongsikan.
Foto makanan dan situasi semasa rehat
Kantin untuk jual beli makanan turut disediakan bagi pelajar yang tidak menyertai program tersebut.
Komen netizen
Sumber: Salehah Ariffin