Pelakon Ellie Suriaty Omar mengakui terkilan apabila Azri Iskandar mengeluarkan kenyataan mendakwa dirinya selalu meminta cerai, meskipun Elly berusaha untuk menjaga hubungan baik serta aib bekas suaminya.
Kesal isu cerai diungkit-ungkit
Memetik laporan Kosmo!, pelakon serta pengarah itu berkata, sewajarnya perkara tersebut tidak perlu diungkit mahupun dipersoalkan memandangkan lelaki yang sudah hidup bersama dengannya sejak 19 tahun lalu itu tahu situasi sebenar.
Tambah Elly, walaupun telah berpisah namun dia masih cuba mengekalkan hubungan baik antara mereka berdua demi anak-anak. Namun, kenyataan Azri benar-benar mengguris hatinya.
Kenapa saya selalu minta cerai? Jawapan bagi persoalan yang dibangkitkan itu ada pada dia. Dia tak perlu persoalkan pun atau bawa benda itu keluar (hebahkan).
Dia sudah sewajarnya lega kerana selepas perceraian ini ramai bersimpati dengannya dan membenci saya. Itu tidak mengapa asalkan anak-anak faham. Sekali lagi saya katakan saya ambil jalan ini demi kebaikan semua.
Ada ke perempuan yang hidup bahagia dan suami layan dengan baik tiba-tiba minta cerai. Melainkan perempuan itu jenis tak bersyukur. Saya kalau suami bawa ke pasar malam pun sudah seronok sangat.
Tak perlu bawa saya terbang ke Paris, London pun. Saya tak baik lagi ke?
Menerusi satu kenyataan dalam satu portal semalam, Azri berkata, selama 19 tahun melayari bahtera rumah tangga, akhirnya dia terpaksa merelakan perpisahan yang acap kali dipinta oleh Ellie sebelum ini.
Namun, Azri menolak alasan tidak sehaluan dalam politik menyebabkan pengarah, pelakon dan jurulatih lakonan berkenaan membuat permohonan bercerai pada 22 April lalu.
Tak mungkin putus silaturahim
Sementara itu, Ellie ketika diminta mengulas mengenai gambar yang dikongsi bekas suami bersama seorang wanita dalam laman sosial, ulasnya, itu adalah hak bekas suaminya.
Saya tak boleh kata apa sebab saya bukan isteri dia lagi. Saya tiada hak untuk komen. Sesiapa pun yang dia berkawan, terpulang kepadanya.
Sumber: Kosmo!