berita

Tak Perlu Beli Lagi, Ini Resipi Kentang Putar Ala KFC Yang Sedap!

February 8th, 2019 | by Arini Saleh
MyResipi

Setiap kali ke restoran makanan segera, mesti ada sahaja menu yang menjadi kegemaran anak-anak kan? Antara yang menjadi kesukaaan kentang putar.

Bagi yang teringin buat sendiri di rumah, apa kata korang cuba resipi perkongsian daripada Rabi ini. Tak susah sebenarnya, bahan yang diperlukan mudah sahaja. Jom cuba!

Ala-ala KFC

Tak susah nak buat mashed potato sendiri dekat rumah. Ala-ala beli dekat kepci gitu. Ni kalau jual singgit 1 pun laku kat budak sekolah.. Dari duk beli jajan merapu tu kan. Inspirasi untuk siapa nak niaga.

Bahan-bahan diperlukan

RESIPI MASH POTATO KEPCHI

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar:

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dua. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)

– 1 labu bawang besar (dadu)
– 2 ulas bawang putih (dadu)
– 4 sudu butter
– 2 sudu tepung gandum@ jagung
– 2 kiub ayam
– lada hitam dan sulah
– 2 1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )
2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.
Masak balik atas api sederhana
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul..

Sumber : Rabi , Cik Lyns Kitchen

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×