Sebagai ketua keluarga, lelaki sering kali ingin menonjolkan sisi dominan mereka dalam mengetuai segala hal di dalam rumah tangga.
Namun, pelakon, Aeril Zafrel merasakan setiap pasangan itu memiliki sifat dominan tersendiri dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
Artikel Berkaitan: Hampir Cecah 10 Tahun Usia Perkahwinan, Aeril Zafrel Kongsi Tips Rumah Tangga – ‘Jadi Budak-Budak, Tak Perlu Serius Sangat’
Artikel Berkaitan: Wawa Zainal Dedah Rumah Tangga Pernah Diganggu – ‘Ada Wanita DM Gambar Seksi Kepada Aeril’
Artikel Berkaitan: Wawa Zainal Nak Anak Kembar, Rancang Cuba Rawatan IVF
Masing-masing ada sisi dominan
Menerusi laporan Harian Metro, Aeril menyatakan bahawa pandangan wanita itu juga perlu diberi perhatian oleh kaum lelaki demi menjaga maruah dan ego.
Katanya, setiap pasangan itu perlu menunjukkan sisi dominan masing-masing mengikut keadaan dan tempat yang bersesuaian.
Kadang-kadang untuk pemilihan produk yang kami usahakan, saya rasa Wawa lebih handal. Dalam bab kreativiti pula, saya lebih handal. Kalau saya beri pendapat, Wawa memang takkan melawan.
Masing-masing ada sisi dominan tersendiri. Saya selalu marah Wawa kalau benda belum ditanya, tapi dia sudah buat. Apapun, bergantung pada keadaan.
Tambah Aeril, setiap hubungan itu perlu mengamalkan konsep give and take (memberi dan menerima).
Suami sebagai ketua keluarga
Dalam pada itu, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, akui bahawa lelaki perlu bersifat lebih dominan kerana menjadi ketua keluarga.
Siapa yang perlu bersifat dominan, ia bergantung kepada apa yang dikerjakan atau yang sedang dibincangkan. Tapi, sebagai suami, mestilah kita selalu dominan kerana kita ketua keluarga.
Tidak perlu berlumba untuk jadi dominan, sebaliknya apa yang perlu adalah kita banggakan kejayaan bersama sebagai suami dan isteri.
Pelakon berusia 34 tahun itu turut menyarankan untuk setiap pasangan suami isteri sentiasa bersikap toleransi dan memikirkan cara untuk mempertahankan hubungan itu bersama.
Sumber: Harian Metro