Pelakon Wawa Zainal akui ingin mencuba proses persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai usaha untuk mendapatkan anak kembar.
Artikel Berkaitan: Anak Ikut Trend Tarian Wednesday, Netizen Nasihat Wawa Zainal Untuk Padam Video – ‘Tolong Faham Dulu Lirik Lagu ..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel Tegur Nampak Lengan, Wawa Zainal Diam Terkedu – ‘Alhamdulillah Suami Yang Pandai Bimbing Isteri’
Artikel Berkaitan: Penat Lelah Urus Bisnes Berbaloi, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Berjaya ‘Lahir’ 10 Jutawan
‘Berisiko, tapi saya akan cuba’
Menerusi laporan Harian Metro, Wawa berkata dia mengimpikan satu keluarga yang besar. Menyedari bukan satu perkara yang mudah untuk menguruskan anak yang ramai namun dia tetap ingin meneruskan hasratnya.
Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Tapi bukan mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak anak.
Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang saya cepat penat.
Tapi insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan anak kembar. Saya sedar ianya berisiko tapi saya akan cuba.
Jarang gaduh
Dalam pada itu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin bersyukur kehidupan rumah tangga yang sudah memasuki tahun ke-12 ini semakin bahagia.
Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata ‘queen control’.
Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan.
Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga.
Terdahulu, Wawa dan aktor Aeril Zafrel mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.
Sumber: Harian Metro