Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal mendedahkan rumah tangganya dan suami, Aeril Zafrel sering diganggu oleh wanita lain melalui media sosial.
Artikel Berkaitan: Wawa Zainal Rasa Macam Tak Bernyawa Selepas Minum Teh Arab, Jantung Berdegup Laju & Susah Nak Bernafas
Artikel Berkaitan: Takut Netizen Sekarang, Siap Tentukan Syurga Ke Neraka – Wawa Zainal
Wanita ganggu rumah tangga
Menerusi satu temubual bersama Gempak, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin turut menjelaskan, suaminya pernah menerima gambar seksi daripada seorang wanita yang dihantar melalui platform pesanan di media sosial.
Ada, mestilah ada (wanita mengganggu rumah tangga). Ada la yang ‘DM’ dia. Ada perempuan hantar gambar seksi kepada Aeril, tapi suami saya cepat-cepat padam.
Bagaimanapun, menurut suaminya, Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel, 34, dia menganggap wanita yang mengirim foto sebegitu sengaja menggunakan taktik itu untuk memperdayanya. Jelas Aeril, individu berkenaan mungkin berniat untuk menularkan gambarnya lalu memeras ugut untuk mendapatkan wang.
Tapi saya rasa orang yang hantar macam itu adalah scammer. Mungkin bila dah hantar benda itu, kemudian dia nak kita bagi benda yang sama. Lepas itu dia viralkan gambar kita. Dia nak scam la dengan minta duit kita.
Kalau kita tak bagi, sebarkan gambar itu. Amat bahaya. Saya rasa ramai orang yang ‘leak’ video itu, disebabkan scammer macam itu la.
Sekadar info, Wawa dan Aeril telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 serta telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri.
Sumber: Gempak