Makanan Thailand memang semuanya enak-enak, jadi tak hairanlah kalau ramai orang kita sanggup berjalan jauh sampai ke Thailand cuma untuk makan.
Tapi leceh juga kalau setiap kali teringin kena melancong sampai ke sana kan?
Haa.. Min ada berita baik untuk korang yang kaki makan! Sekarang dekat Perlis pun korang dah boleh nikmati hidangan Thai tau!
Border Kitchen tawar pelbagai pilihan Thai Street Food!
Border Kitchen diasaskan Pn. Nadiyah Binti Mahamad Madiyah pada tahun 2017 dan terus mendapat tempat di hati pencinta makanan Thai street food sehingga kini.
Sebab sambutan yang sangat memuaskan, mereka telah melebarkan sayap dengan membuka cawangan baru di Padang Besar, Perlis.
Tujuan utama pembukaan cawangan baru ini adalah bagi menjamin keselesaan pelanggan dengan menyediakan ruang makan yang lebih besar.
Dekat sini korang nak makan apa, tinggal cakap je. Semua makanan viral Thai tersedia untuk korang, termasuklah lokching, miang pla dan macam-macam lagi!
Nikmati makanan Thai pada harga berpatutan
Haa.. Sekarang korang dah boleh jimat duit sebab tak perlu travel sampai ke luar negara, hanya ke Padang Besar je korang dah boleh nikmati macam-macam pilihan makanan enak.
Paling penting, harga makanan pun berpatutan dan berbaloi!
Min gerenti sekali korang cuba makan di Border Kitchen, mesti korang nak datang lagi nanti!
Untuk mengetahui hari dan waktu operasi Border Kitchen korang boleh follow TikTok dan Facebook mereka.