Pelakon Azhar Sulaiman memberi sedikit teguran dan nasihat kepada pelakon baharu agar tidak bersikap meninggi diri sekiranya mahu kekal lama dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sepatutnya Saya Tak Perlu Ambil Kisah & Lebih ‘High Class’ Sebab Masing-Masing Ada Hak’ – Beto Kusyairy
Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Bengang Dilabel ‘Bebal’ – ‘Cantik Sungguh Bahasa Mamat Ni’
Wajah kacak tak menjamin kekal relevan
Menurut Azhar, sikap sombong dan meninggi diri tidak seharusnya ada dalam diri seorang pelakon. Tambahnya lagi, memiliki wajah yang kacak juga tidak menjamin seseorang pelakon itu kekal relevan.
Ingatlah sikit, kita hanya orang biasa sahaja, jadi jangan berlagak sangat apabila ada populariti itu. Dalam industri ini, kalau muka kacak sahaja tak menjaminkan apa-apa. Semuanya tetap bergantung kepada tuah dan rezeki.
Kalau muka kacak macam mana pun tetapi jika Tuhan tak buka rezeki itu, tetap tidak ke mana.
Azhar yang ditemui pada sidang media majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36, baru-baru ini, turut mengulas mengenai hasrat pelakon baharu yang mempunyai matlamat untuk meraih trofi Oscar.
Ujar Azhar, tidak salah sekiranya pelakon tersebut memiliki impian sebesar itu.
Tak perlu poyo, industri seni tanah air di sini kecil sahaja. Dia mahu memanipulasikan siapa bila dia berkata sedemikian? Dia kena tahu bagaimana usaha Micheal Yeoh, Henry Golding dan artis tanah air yang lain mendapat tempat di sana.
Bagus untuk ada impian, tapi jangan perlekehkan usaha yang orang lain untuk mendapatkan pengiktirafan dalam industri tempatan. Kecil macam mana sekali pun anugerah itu, kita kena pergi beri sokongan dan raikannya.
Jangan sebab baru ada sedikit populariti itu, sudah mahu berlagak. Dunia sekarang, nak jadi terkenal bukan sebab rupa sahaja. Kalau Allah nak buka rezeki, terus terkenal. Tak payah nak berlagak sangatlah bila sudah ada kuasa itu.
Berbicara lebih lanjut, pelakon filem ‘Mira Edora’ ini berharap pelakon tersebut berpijak di bumi nyata dan tidak memandang rendah kewujudan pelbagai platform yang ada dalam negara untuk memantapkan industri seni tanah air.