Dalam dunia kecantikan masa kini, penggunaan kiub ais pada wajah semakin mendapat perhatian kerana dipercayai berkesan dalam membantu mengekalkan kesihatan kulit.

Artikel Berkaitan: Khasiat Kaki Ayam: Sumber Kolagen Untuk Kesihatan & Kecantikan Tubuh Badan

Artikel Berkaitan: Bahaya Pakai ‘Bra’ Semasa Tidur! Ketahui Risiko & Kesannya Kepada Payudara

Kos murah, boleh lakukan di rumah

Teknik ringkas ini bukan sekadar trend media sosial, malah telah lama diamalkan dalam rawatan kecantikan kerana kemampuannya memberi kesegaran serta menyokong keseimbangan kulit tanpa memerlukan produk mahal atau rawatan klinikal.

Penggunaan kiub ais untuk tujuan kesihatan dikenali sebagai terapi sejuk atau cryotherapy, iaitu kaedah yang digunakan dalam dunia perubatan bagi membantu merawat kecederaan seperti lebam dan bengkak.

Terapi ini berfungsi mengurangkan rasa sakit dengan memperlahankan rangsangan saraf buat sementara waktu, mengehadkan aliran darah bagi mengawal pembengkakan serta merangsang proses pemulihan tisu lembut.

Rawatan kiub ais di wajah menjadi pilihan ramai kerana ia mudah diamalkan, tidak melibatkan kos yang tinggi dan boleh dilakukan sendiri di rumah tanpa peralatan khusus.

Selain itu, kaedah ini dianggap sebagai pendekatan kecantikan semula jadi kerana tidak melibatkan bahan kimia, dan suhu sejuk mampu memberi kesan positif terhadap peredaran darah serta keadaan kulit.

Merangsang aliran darah

Bagi memulakan rutin ini, balut empat hingga lima kiub ais menggunakan kain kapas yang bersih dan lembut. Seterusnya, sapukan secara perlahan pada wajah dengan gerakan membulat selama satu hingga dua minit untuk memastikan kesegaran yang menyeluruh.

Urutan ini boleh dilakukan beberapa kali sehari, khususnya pada kawasan seperti garis rahang, dagu, sekitar bibir, hidung, pipi dan dahi bagi membantu merangsang kulit dan memberi kesegaran menyeluruh.

Penggunaan kiub ais bukan sekadar memberikan kesegaran, malah menawarkan pelbagai manfaat terapeutik untuk wajah termasuk membantu proses pembuangan toksin, menjadikan kulit kelihatan lebih bersih dan sihat secara semula jadi.

Sifat anti-radangnya berkesan mengecilkan liang pori serta mengawal pengeluaran minyak berlebihan, sekali gus mencegah pertumbuhan jerawat.

Selain itu, sapuan kiub ais merangsang aliran darah dan meningkatkan bekalan oksigen serta nutrien, memberikan kesan kulit yang lebih cerah dan glowing.

Seterusnya, suhu sejuk membantu mengecutkan saluran darah untuk mengurangkan bengkak mata. Bagi lingkaran hitam, gunakan campuran air mawar dan jus timun yang dibekukan untuk hasil yang lebih efektif.

Masalah mata sembap yang sering berpunca daripada kurang tidur atau tekanan boleh diatasi dengan bantuan kiub ais kerana sentuhan sejuk mampu mengecutkan saluran darah dan mengurangkan bengkak dalam masa yang singkat.

Penggunaan berkala mampu menegangkan kulit dan memperlahankan pembentukan kedutan, menjadikan wajah kelihatan lebih anjal dan muda remaja.

Bukan itu sahaja, kiub ais juga sangat berkesan meredakan kemerahan dan kegatalan akibat pendedahan cahaya matahari (sunburn), alahan, atau ruam.

Gabungan ais dan susu yang kaya dengan asid laktik membantu menyingkirkan sel kulit mati dan meningkatkan seri wajah.

Sumber: Hello Doktor