Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk kanak-kanak yang bersekolah, supaya mereka dapat menumpukan perhatian serta kekal aktif di sekolah.
Ini bukan semestinya sesuatu yang sukar untuk dicapai, salah satu caranya bermula dari pinggan korang.
Adakah korang mengamalkan #SukuSukuSeparuh?
Dalam menyediakan bekal harian, penting untuk ibu bapa ingat supaya mengamalkan konsep #sukusukuseparuh yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui program Pinggan Sihat Malaysia. Konsep ini dapat membantu membekalkan nutrien dan tenaga buat anak korang memulakan harinya.
Apa yang korang kena lakukan ialah, “membahagikan” pinggan seperti berikut:
1. Isikan ¼ pinggan dengan beras, bijirin lain, produk berasaskan bijirin penuh dan ubi
Bijirin penuh seperti nasi perang dan roti bijiran penuh digalakkan. Selain daripada serat makanan, bijiran penuh juga mengandungi pelbagai nutrien, seperti vitamin B dan E, serta mineral seperti besi, zink dan magnesium.
2. Isikan ¼ pinggan dengan ikan, ayam, telur atau sumber protein yang lain
Protein adalah penting bagi membantu pertumbuhan, serta membina dan membaiki tisu badan.
3. Isikan ½ pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
Makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni untuk mendapatkan nutrien penting yang berlainan.
Nak lengkapkan hidangan korang dengan minuman? Haa…MILO® Kotak kan ada! Confirm membantu.
Bekalkan anak anda dengan MILO® Kotak
Senang dipadankan dengan pemakanan seimbang, setiap pek MILO® Kotak penuh dengan kebaikan barli malt, susu dan koko. Tak kira dengan hidangan apa pun ianya sesuai untuk dipadankan sebagai minuman harian!
Ibu bapa yang selalu sibuk tu tak perlu risau lagi dah sebab MILO® Kotak bukan sahaja senang untuk dibawa, ia juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting, termasuk Vitamin B2 yang membantu membebaskan tenaga daripada makanan.
Selain itu, produk ini juga dijamin halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Haa.. Mudah kan? Padankan MILO® Kotak dengan bekal harian yang sihat dan seimbang, untuk membantu anak-anak kekal aktif dan bertenaga!
Jom sama-sama utamakan keperluan nutrien anak-anak demi tumbesaran yang sihat! MILO® Kotak boleh didapati di semua kedai serbaneka, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar berhampiran korang.