Sejak kes penularan Covid-19, pihak kerajaan memperkenalkan satu sistem yang mengesan kehadiran seseorang yang berkunjung ke sesuatu tempat. Kehadiran mereka, wajib direkod sama ada menerusi aplikasi MySejahtera atau ditulis secara manual pada borang yang disediakan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang individu yang gagal mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak di stesen petrol dikenakan denda sebanyak RM1,000.
Tidak perlu ‘scan’ lagi
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan The Star, para pengguna hanya perlu mengimbas kod QR MySejahtera apabila ingin memasuki kedai, tandas, atau surau di stesen petrol sahaja. Perkara tersebut telah disahkan oleh Petrol Dealers Association of Malaysia (PDAM).
Hanya perlu scan MySejahtera dan ujian suhu jika memasuki kedai, tandas, dan surau. Bagi servis layan diri, pengguna tidak perlu lagi untuk scan.
Menurut Presiden, Petrol Dealers Association of Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, ketika proses pembayaran dibuat juga, pelanggan tidak perlu mengimbas kod QR MySejahtera. Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika berada berdekatan pam minyak.
Sumber: The Star