Penyanyi Nurshahila binti Amir Amzah atau lebih mesra dengan panggilan Shila Amzah merupakan antara artis yang memang dikenali sejak dari kecil. Mula mencipta kerjaya seawal umur 9 tahun, tidak hairanlah kalau dia sering menjadi perhatian netizen.
Terbaru, Shila Amzah melahirkan rasa bengang melalui beberapa video yang telah dimuat naik di Insta Stories. Bengang kenapa itu?
Kenapa gemuk?
— Cuit Sikit (@cuitsikit) September 26, 2017
Menerusi Insta Stories yang dimuat naik oleh seorang pengguna twitter cuitsikit, Shila Amzah bengang apabila disoal mengenai perubahan dirinya. Dia minta agar peminat cermin diri sebelum mengeluarkan kata-kata terhadapnya.
Cermin diri dulu
Kalau awak nak ambil gambar dengan saya, saya okay, tapi selepas ambil gambar awak tak perlu tanya soalan bodoh macam ‘kenapa shila gemuk sangat sekarang?kenapa?’
Saya rasa, sebelum awak nk cakap apa-apa dekat orang lain, awak perlu fikir dan apa kata awak cermin diri dulu? Betulkan foundation dekat muka awak.
Saya tak kisah kalau awak muka buruk, tapi tolonglah jangan ada hati yang busuk. Fixed that sebelum awak tegur orang lain.
Sumber : Cuit Sikit, Rotikaya