berita

Tak Perlu Tunggu Tahun Baru Cina, Ini Resepi Ala Prosperity Burger Yang Korang Patut Cuba!

April 3rd, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), seorang individu berkongsi resepi prosperity burger homemade yang super sedap ala-ala McDonald’s. Kalau sebelum ini, korang mesti biasa makan prosperity burger McDonald’s bukan? Namun untuk kali ini, cuba korang try buat resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Daging cincang (boleh guna daging kambing juga)
  • Black pepper
  • Garam
  • Butter
  • Bawang holland
  • Air
  • Roti burger
  • Tepung gandum
  • Sos tiram
  • Kicap manis

Cara-cara menyediakan

1. Gaulkan daging cincang dengan garam dan black pepper.

2. Bentukkan menjadi patty mengikut bentuk roti.

3. Panaskan butter dan gorengkan.

4. Baki minyak butter tadi, tambahkan lagi 2 atau 3 sudu butter dan biarkan cair.

5. Masukkan tepung gandum dalam 2 sudu dan kacau sampai warnanya bertukar coklat.

6. Masukkan bawang holland yang dipotong halus ( tak kisah dadu, catur atau segi 3.

7. Masukkan air agak-agak dalam secawan kemudian letak blackpepper dalam 3 sudu (nak pedas tambah lagi).

8. Masukkan kicap manis 2 sudu dan sos tiram 2 sudu.

9. Kuah dah agak pekat, masukkan patty tadi. Gaul sehingga kuah tersebut serap.

10. Akhir sekali, letak atas roti dan tabur bawang holland.

Selamat mencuba!

Sumber: Masak Apa Hari Ini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×