Penyanyi Shiha Zikir memberitahu dia lebih terbuka untuk membaca komen netizen berikutan namanya yang sering bolos ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Netizen Pertikai Sering Lolos Ke Pentas Saringan AJL, Shiha Zikir Terima Dengan Hati Terbuka – ‘Saya Tak Ambil Hati’
Tak pernah be ‘like’
Menurut Shiha, dia tidak melatah dengan komen jahat netizen yang mempertikaikan keupayaan suara serta lagu nyanyiannya.
Jujurnya saya ada terbaca komen-komen sebegitu di aplikasi X sebab ada yang tunjuk pada saya. Tapi pada tahap sekarang ini saya semakin terbuka dengan komen orang.
Saya bukan saban tahun sertai AJL, tapi kali pertama saya masuk pun sebab saya ganti Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan beberapa lagu saya sebelum ini hanya berjaya di peringkat separuh akhir saja.
Kali pertama saya berjaya ke pentas AJL adalah menerusi lagu AEWO dan kemudiannya lagu Irama. Bukan seperti artis lain yang sudah banyak kali masuk dan menang. Saya tak menang pun, cuma Irama menang Persembahan Terbaik di AJL37. Seterusnya individu itu cakap akaun Instagram (IG) saya megah dengan pengikut tapi ‘engagement’ kurang. Betul, saya tidak cakap dia salah.
Cuma bila orang tanya perkara ini, saya tak boleh jawab sebab itu semua di luar kawalan. Saya tak pernah beli ‘like’. Konsep saya dari dulu sampai sekarang, saya lebihkan kualiti dari kuantiti, bermaksud kalau saya di pentas, saya akan buat sehabis baik.
Tambah Shiha lagi, dia tetap bersyukur apabila rezekinya dalam bidang seni sentiasa ada.
Alhamdulillah rezeki saya sentiasa ada tanpa memerlukan saya buat sesuatu yang bukan diri saya. Saya tidak reka kontroversi untuk menaikkan nama. Cuba tengok dari dulu sampai sekarang, saya tidak pernah buat kalau wujud pun saya selesaikan dengan cepat.
Sumber: Harian Metro