Sebelum ini, ibu kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail menyokong tindakan Puteri Sarah yang mahu memfailkan perceraian. Menurut Fatimah, Sarah berhak untuk mengecapi kebahagiaan sebagai isteri dan ibu.
Artikel berkaitan: Puteri Sarah Enggan Berdamai, Tetap Pendirian Nak Fail Cerai
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Masa Minta Duit Kenapa Tak Minta Nak Berbincang’ – Syamsul Dedah Kenapa Block Puteri Sarah, Mohon Tutup Aib Rumah Tangga
Artikel berkaitan: Muat Naik Foto Syamsul & Kapsyen Sweet, Ira Kazar Buka IG Baru?
Artikel berkaitan: ‘Dah Keluar Gua, Tapi Play Victim Pula’ – Puteri Sarah
Tak pernah berhenti risau mengenai anak
Terbaru, Fatimah dilihat memuat naik satu posting di Instagram Story berhubung perasaannya sebagai seorang ibu. Menerusi quote yang dikongsikan, Fatimah seolah memberitahu bahawa seorang ibu akan sentiasa menjadi ibu. Tidak kira berapa kali dirinya disakiti, dia tidak pernah berhenti risau mengenai anak-anak.
Terdahulu, Fatimah menyatakan selama ini Puteri Sarah berseorangan tanpa suami menguruskan dua anak yang masih kecil. Ujar Fatimah lagi, menantunya berhak untuk bahagia sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah. Ini kerana, pengorbanannya langsung tidak dihargai selama ini.
Sumber: Fatimah