berita

Tak Pernah Cuti 4 Bulan, Dr Izzar Kongsi Pengalaman Perit Masa Jadi Doktor Pelatih

May 10th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: izzar

Baru-baru ini tular di media sosial isu pegawai perubatan yang dikatakan sering menjadi mangsa buli di tempat kerja. Hal tersebut telah menarik perhatian sesetengah individu termasuk suami kepada pelakon Ummi Nazeera yang juga seorang doktor iaitu Dr. Izzar.

Tak cuti selama 4 bulan

Foto: izzar

Menerusi sebuah hantaran di laman IG miliknya, Dr. Izzar mengatakan tempoh sebagai seorang Housemanship (HO) atau doktor pelatih merupakan tempoh yang perit bagi pegawai perubatan tetapi penuh dengan pengalaman yang takkan dilupakan.

Masa saya HO dulu pernah saya kerja tanpa cuti selama 4 bulan berturut-turut. Bila ada cuti pun hanya seminggu sekali sahaja.  Hari cuti guna untuk tidur je. Dahlah saya kena jadi HO leader untuk 4 rotation dari total 6 rotation. Kenalah pula jaga dan menjawab untuk semua rakan-rakan HO bawah saya. Bertambahlah sibuk.

Boss atau senior pembuli tu memang ada di mana-mana. Saya tengah MC masuk wad di hospital sebab denggi pun dia mesej suruh masuk kerja balik esok cepat-cepat. Ada juga tak kasi HO ambil cuti rehat lebih 2 hari berturut-turut. Kena tengking dan maki tu biasalah tapi bukan semua macam tu.

Dr. Izzar juga menambah, dia bersyukur mempunyai rakan-rakan HO yang saling memahami dan mengakui kebanyakan majikannya juga sangat membantu.

Jadilah doktor yang baik

Gambar hiasan

Dr. Izzar juga berharap agar semua doktor pelatih untuk menjadikan halangan ketika menjalani tempoh HO sebagai batu loncatan untuk menjadi pegawai perubatan yang baik pada masa akan datang.

Saya berdoa agar kehidupan adik-adik HO sekarang dan yang akan baru berkhidmat tahun hadapan akan lebih baik. Diharapkan cabaran dan dugaan adik-adik akan menjadikan korang doktor yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

InsyaAllah. Bersabarlah. Bila dah senior, jadilah doktor yang baik.

Kepada pembuli-pembuli fizikal, mental, seksual serta jalan raya di luar sana, berhentilah. Kalau taknak berhenti membuli juga, silalah meninggal (dibaca).

Dr. Izzar juga memberi amaran kepada pembuli untuk segera menghentikan gejala tidak sihat itu.

Sumber: izzar

SKIP THIS AD ×