berita

Tak Pernah ‘Disentuh’ Selepas Kahwin, Isteri Akur Suami Curang Dengan Lelaki Lain – ‘Hancur-Sehancurnya’

July 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Kebahagiaan yang diharapkan oleh seorang wanita untuk dicintai oleh suaminya nampaknya tidak berkekalan selepas lelaki berkenaan dipercayai menjalinkan hubungan sulit sesama jenis sebelum tindakannya itu terbongkar. Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini telah dikongsi oleh seorang wanita di media sosial dan meraih perhatian ramai.

Dah kahwin tetapi masih ‘dara’

Menerusi video tersebut, wanita ini terpaksa ‘merelakan’ perkahwinannya berikutan suaminya mempunyai hubungan songsang bersama lelaki lain. Pada awalnya, wanita ini merasakan dia wanita paling bahagia namun sangkaan tersebut meleset sama sekali.

Difahamkan, kegiatan suaminya terbongkar selepas wanita ini mendapati terdapat mesej mesra daripada lelaki lain dan apa yang lebih mengejutkan, sepanjang sudah berkahwin mereka sama sekali tidak pernah ‘bersama’.

I’m married but still virgin.

Bagaimanapun, tidak ada penjelasan lanjut daripada si suami sebelum dia bertindak mengakhiri perhubungan tersebut menerusi mesej.

Di hujung video berkenaan, dapat dilihat sijil penceraian pasangan ini dan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat menitipkan kata-kata semangat kepada wanita ini supaya terus cekal mendepani hari-hari mendatang.

Bukan itu sahaja, netizen turut marah akan lelaki berkenaan yang dilihat seolah-olah menggunakan wanita tersebut bagi melindungi ‘dirinya’.

Bukti mesej

Video penuh:

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×