Ajal pertemuan jodoh semua di tangan Allah, siapalah kita untuk menolak takdir yang ditentukan Illahi. Kisah perkongsian kali ini menyentuh hati kami apabila seorang pakcik yang mesra dipanggil Pak Li mempunyai hati yang ikhlas mencintai isterinya walau isterinya sudah meninggal dunia tiga tahun lalu.
Bayangkan selama 3 tahun dia tidak pernah ‘miss’ untuk melawat kubur arwah isterinya. Bila ditanya, ini jawapannya..
Setiap masa Pok Li ada
Menurut lelaki ini, setiap kali dia melawat kubur arwah bapanya pasti akan terserempak dengan Pok Li. Ini menjadi tanda tanya adakah Pok Li sering ke kubur isterinya atau hanya sekadar kebetulan.
3 tahun melawat kubur isteri
Lelaki ini terkejut apabila mendapat tahu Pol Li ke kubur arwah isterinya yang sudah tiga tahun meninggal dunia.
Mari makan dengan arwah isteri
Menyedihkan apabila jawapan yang diberikan membuat kami sendiri kagum dan terpana. Menurut Pok Li dia melawat kubur isterinya untuk makan bersama kerana sunyi anak sudah besar. Semasa hayatnya, isterinya menyediakan 3 kali makan sehari. Justeru itu, dia melawat isterinya 3 kali sehari.
Sedekahkan bacaan yasin dan tahlil
Tambah Pok Li lagi, dia hadiahkan Al fatihah dan bacaan tahlil bagi membalas jasa isterinya yang menyediakan makan dan minum buatnya. Selama 3 tahun dia tak pernah ‘miss’ melawat kubur isterinya. Kisah ini turut menerima pujian ramai sehingga mendapat lebih 16k retweet.
Ramai terharu
Sumber : Amier