Lukisan yang dihasilkan oleh puteri bongsu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah iaitu Tengku Puteri Jihan telah mendapat perhatian netizen.
Seorang pengguna Twitter, Asabobb ada berkongsi beberapa lukisan yang dipercayai dilukis sendiri oleh Tengku Puteri Jihan.
Bakat terpendam
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di Twitter itu memaparkan Tengku Puteri Jihan bersama ayahandanya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang melihat sambil membelek-belek beberapa jenis lukisan.
Menurut individu ini lagi, dia juga tidak menyangka bahawa Tengku Puteri Jihan mempunyai bakat dalam seni lukisan dan hasil-hasil lukisan tersebut sangat cantik. Antara yang menarik perhatian netizen adalah lukisan bercorak abstrak dan lukisan gunung-ganang. Berbakat sungguh!
Cantiknya
‘Beauty with brain’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hasil lukisan tersebut. Tidak kurang juga ada yang menyifatkan puteri bongsu Agong ini sebagai seorang wanita cantik yang sangat berbakat.
Sumber: Asabobb