berita

Tak Pernah ‘Tinggalkan’ Kopiah, Selalu Pesan Jangan Tinggal Solat, Rakan Sedih Kehilangan Kapten Pesawat Sriwijaya Air

January 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, seorang pramugari bernama Aldharefa, meluahkan rasa sedih apabila suaminya merupakan salah seorang krew yang terlibat dalam nahas sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air.

Artikel berkaitan: ‘Suamiku, Kamu Pasti Bisa Bertahan’ – Isteri Krew Pesawat Sriwijaya Air Kongsi Perbualan Terakhir

Selain Aldharefa, ahli keluarga dan sahabat Kapten Afwan yang mengendalikan pesawat tersebut turut berkongsi mengenai keperibadian juruterbang yang disegani orang ramai itu.

Jangan lupa solat subuh

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Agung Rahmadi, memberitahu bahawa Kapten Afwan pernah meninggalkan sekeping nota buatnya selepas meminjam pengecas telefon ketika dia sedang tidur. Di samping itu, dia juga memberitahu bahawa Kapten Afwan seorang yang rajin beribadah dan dermawan.

Beberapa orang individu di Twitter turut berkongsi dan memberitahu perkara yang sama mengenai keperibadian Kapten Afwan sebelum dia terlibat dalam nahas kapal terbang Sriwijaya Air.

Salah satu kapten terbaik

Menurut Rizki Anoob pula, Kapten Afwan merupakan salah satu kapten yang terbaik yang dia pernah kenal. Jelasnya lagi, jika kapal terbang mengalami kerosakan, Kapten Afwan akan meminta mereka untuk bersabar dan mengendalikan semula kapal tersebut dengan baik.

Sumber: Rizkianoob & Agung Rahmadi

SKIP THIS AD ×