berita

Tak Puas Hati Adik Ipar Mahu Cerai Adik Perempuan, Lelaki Bakar Rumah

November 19th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Klang, Selangor, seorang lelaki sanggup bertindak kejam dengan membakar rumah rakan sekerjanya. Kejadian yang terjadi pada Ahad lepas dipercayai disebabkan adik iparnya yang menumpang di rumah berkenaan

Tidak berpuas hati

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metrokejadian tersebut berlaku di Taman Sentosa, dan suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap adik iparnya yang mahu bercerai dengan adik perempuannya. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, kejadian tersebut telah menyebabkan tiga motosikal dan sebuah Perodua Myvi musnah.

Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada masalah rumah tangga adik perempuan suspek. Suspek juga dikatakan tidak mahu mangsa menumpang di rumah rakan sekerjanya itu selain tidak mahu mangsa terus tinggal di daerah ini.

Tambahan pula, mangsa sudah menumpang di rumah rakan sekerjanya itu sejak enam bulan yang lalu.

Sudah ditahan polis

Gambar sekadar hiasan

Kini, pihak polis sudah berjaya menahan dua suspek di kawasan berhampiran. Hasil semakan, kedua-dua suspek yang berusia 32 dan 35 tahun mempunyai rekod lampau iaitu jenayah dan dadah. Menerusi soal siasat yang dijalankan, pihak polis mendapati terdapat seorang lagi yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Kedua-dua suspek berkenaan direman selama tiga hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×