Seorang guru didakwa disihir oleh seorang ibu kepada muridnya hanya kerana tidak berpuas hati anaknya itu ditegur kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Mentua Tak Restu Perkahwinan, Lumur Darah Haid Sihir Menantu – ‘Kemaluan Rasa Terbakar’
Lumpuh separuh badan
Gambar sekadar hiasan
Menerusi video yang dimuat naik @rohfaperawatsyifa di TikTok, terdapat seorang wanita yang dipercayai merupakan seorang guru sedang mendapatkan rawatan di pusat rawatan Islam tersebut.
Kesan daripada perbuatan itu, guru tersebut dipercayai mengalami kesan sihir seperti hilang daya ingatan dan lumpuh separuh badan.
Ibu tak puas hati anak ditegur guru kerana tidak siapkan kerja sekolah. Guru disihir sehingga lumpuh separuh badan dan hilang daya ingatan.
Bukan senang menjadi tenaga pengajar. Silap sikit dimaki, dimarahi ibu bapa pelajar dan sampai disihir, Allahuakhbar.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga difahamkan sudah hilang semangat untuk mengajar bahkan bertindak mahu mengambil nyawanya sendiri pada setiap malam.
Disihir sampai hilang semangat untuk mengajar di sekolah dan tubuh badan kerap sakit kerana ada lebam.
Fikirannya sentiasa jadi ‘blur’ sampaikan dah tak tahu nak buat kerja dan sering dengan suara, ‘Aku akan seksa kau’.
Bila malam pula asyik mengamuk, meracau dan kadang-kadang sampai ambil pisau nak tikam diri sendiri.
Di akhir hantaran tersebut, mangsa juga dikatakan mengalami gangguan mistik seperti rumah berbau busuk dan sering ternampak kelibat pocong.
Mangsa juga sering nampak kelibat pocong dalam rumah dan selalu ada bau busuk. Selepas waktu Asar, badan mangsa akan menggigil dan kesejukan, selain badannya mengeras macam kena ikat.
Tak cukup dengan itu, mangsa akan sesak nafas dan batuk tak berhenti, ada masa sampai keluar ketulan darah.
Dalam perut sakit macam kena hiris dengan pisau dan mengeras. Malam memang tak boleh nak tidur.
Video
@rohfaperawatarsyifa TEMUI SAYA DI TEMERLOH PADA SABTU 14/OCT/2023. #sihir #santau #saka #anxiety #depression #gangguanjin #dawai #temerloh #kuantan #rompinpahang #rawatanislam #rawatanarsyifaalmustaqim #fyp? #racuntiktok #beranda ? Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan